Polis Cari Pemilik Duit Lebih RM500,000 Dalam Bagasi
Seorang pengawal keselamatan tidak menyangka sebuah bagasi yang ditemukan di tempat letak kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya pada Rabu berisi wang tunai melebihi setengah juta, lapor Sinar Harian.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan daripada pengawal keselamatan warga tempatan berkenaan pada jam 8 pagi.
Tambahnya, pemeriksaan pada beg bagasi warna meraj jambu dan putih bersaiz sederhana berkenaan berisi nota wang kertas RM50 dan RM100. Secara keseluruhan, jumlah wang dalam bagasi berkenaan melebihi RM500,000.
Polis cari pemilik bagasi mengandungi duit lebih RM500,000
“Kita percaya wang tersebut adalah tulen. Bagaimanapun kita akan sahkan dengan Bank Negara Malaysia (BNM)
“Justeru, kita minta mana-mana individu atau pemiliknya untuk tampil dengan membawa bukti berkaitan ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-79662222,” katanya seperti dilaporkan dalam Sinar Harian pada Khamis.
Bagi mengenal pasti individu berkaitan, pihak polis sudah pun meneliti akaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah berkenaan.
“Siasatan dijalankan mengikut kertas enkuiri polis. Sekiranya ia (wang tunai) tidak dituntut, wang ini kita akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Kes rampasan arak seludup di sebuah rumah Jumaat lalu
Sementara itu, dalam kes berasingan, Hussein Omar turut seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang berperanan sebagai penjaga stor dan transporter telah ditahan dengan rampasan arak seludup di sebuah rumah di Petaling Jaya pada Jumaat lepas.
Katanya, serbuan dilakukan oleh Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih bagi merampas 13,087 botol dan tin arak disyaki seludup untuk pasaran tempatan pada jam 4.10 petang.
“Kes di bawah Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 kerana memiliki arak lari cukai,” katanya.
BACA: Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu
BACA: Malaysia Berjaya Raih Potensi Pelaburan Asing Berjumlah RM76.1 Bilion Setakat Mac 2024 – PM Anwar
Sumber: Sinar Harian