Elak Kereta, Treler Terbabas Rempuh 11 Kenderaan
JOHOR BAHRU — Sebuah treler dilaporkan merempuh 11 kenderaan dalam satu kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Pasir Gudang dekat Kangkar Tebrau, petang Isnin.
Memetik Sinar Harian, treler berkenaan dipercayai cuba mengelak sebuah kereta di hadapannya sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Sementara itu, kemalangan itu juga telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.
Ujarnya lagi, kenyataan media berhubung kemalangan itu akan segera dikeluarkan.

Terdahulu, tular rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan nahas tersebut sewaktu trafik sedang sesak.
Sumber: Sinar Harian