Siakap Keli
masalah air kelantan
Kredit: Bernama & Facebook

Exco Minta Rakyat Kelantan Bersabar, Masalah Air Dijangka Selesai Pada Tahun 2027

Exco Minta Rakyat Kelantan Bersabar, Masalah Air Dijangka Selesai Pada Tahun 2027

Penduduk Kelantan diminta bersabar kerana masalah air yang membelenggu negeri tersebut dijangka bakal selesai dalam masa tiga tahun lagi, iaitu kira-kira pada tahun 2027.

Difahamkan, masalah air di Kelantan sudah membelenggu penduduk-penduduknya lebih daripada 20 tahun lalu.

Menurut Exco Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin, perkara ini susulan loji-loji yang dinaik taraf dan dibina dijangka siap sepenuhnya pada 2027.

“Jadi pada 2028 nanti, Kelantan akan mempunyai lebihan bekalan air,” katanya.

Beliau telah berkata sedemikian selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa Bersama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada Ahad.

Kerajaan juga giat dalam rancangan untuk menukar paip-paip lama

Beliau berkata, kerajaan negeri pada masa ini dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja menukar paip lama.

Paip-paip yang akan ditukar ini merupakan  paip-paip reput dan tidak mampu bertahan untuk jangka masa yang lebih panjang.

Penukaran paip lama ini kira-kira melibatkan paip sepanjang 5,000 kilometer (km) dan dilakukan secara beransur-ansur.

Ujarnya lagi, daripada jumlah tersebut, kira-kira 1,000 kilometer panjang paip lama perlu ditukar dengan kadar secepat mungkin.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri hanya berupaya melakukan kerja-kerja menukar paip pada jarak 150 km sahaja dalam tempoh setahun setakat ini.

Selain itu, Dr Izani memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan berbincang dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk meningkatkan keupayaan bagi penukaran paip-paip air tersebut.

“Yang meluluskan SPAN, yang lantik kontraktor adalah PAAB. Kita menunggu perkara ini untuk selesaikan sedikit demi sedikit.

“Insya-ALLAH, kita akan cuba angkat kertas kerja kepada Perdana Menteri supaya mempercepatkan mengenai penukaran paip-paip ini. Jika kita mampu lantik ramai kontraktor kerja tukar paip dari 100 km dapat ditingkatkan kepada 250 km setahun,” ujarnya.

Dr Izani turut menjelaskan bahawa permohonan peruntukan untuk kerja-kerja yang akan dilaksakan adalah bersandarkan terhadap kemampuan.

BACA: Malaysia Airlines Umum Kerjasama Dengan Manchester United

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.