Siakap Keli
gangguan bekalan air pasir mas
Gambar; Bernama

Gangguan Bekalan Air Di Pasir Mas, Tumpat Dijangka Berlarutan Hingga Aidilfitri – AKSB

Gangguan Bekalan Air Di Pasir Mas, Tumpat Dijangka Berlarutan Hingga Aidilfitri – AKSB

KOTA BHARU — Syarikat bekalan air, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) memaklumkan gangguan bekalan air melibatkan dua jajahan di negeri itu, Pasir Mas dan Tumpat berlarutan sehingga musim perayaan Aidilfitri ini.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook semalam, Air Kelantan berkata gangguan ini dijangka selesai pada 15 April  bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar.

“Kerja-kerja penyelenggaraan dalam tindakan pihak AKSB dan dijangka selesai pada 15 April 2024 serta bergantung kepada situasi semasa paras air Sungai Kelar tersebut,” jelas syarikat bekalan air negeri itu.

Jelasnya, punca krisis ini berlaku berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar, Pasir Mas disebabkan oleh paras air di Sungai Sauk menyusut akibat kemarau.

BACA: Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Pada 9 April

“Bagi jajahan Pasir Mas, kawasan yang terlibat adalah Tangki Kelar, Tangki Lemal, Tangki Gual Tinggi, Tangki Tendong, Tangki Meranti dan Tangki Lubok Jong.

“Manakala gangguan ini juga terkesan di jajahan Tumpat,” maklum Air Kelantan lagi.

Sehubungan itu, AKSB mengambil inisiatif dengan bakal membuat penghantaran air melalui lori tangki dan ke tangki statik kepada para pengguna yang terkesan atau terjejas dengan situasi ini.

AKSB berkata notis yang sama berkenaan perkara itu telah juga dimuat naik ke dalam applikasi myAKSB serta dihantar (blast) melalui sms kepada pengguna AKSB yang telah mengemaskini nombor telefon terkini masing-masing.

Untuk pertanyaan dan info lanjut, pengguna boleh hubungi Pusat Informasi dan Talian Aduan (Pintas) di talian 15777 atau WhatsApp 0195755777 atau klik applikasi myAKSB bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bekalan air.

Sementara itu, maklumat lanjut mengenai senarai perkampungan yang terjejas dengan gangguan bekalan air ini boleh lihat di bawah.

https://www.facebook.com/airkelantan/posts/pfbid02eDDLZwsrLiZomDXuz7hYaSDL7coqNwtnR1TbfyzSSPsftKAwBGymjvr4TGXGkihql

Sumber: Facebook Air Kelantan Official 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.