Siakap Keli
Majikan Bagi Bonus
Kredit: AFP

Majikan Ini Bagi Bonus RM350,000 Jika Pekerja Lahirkan Anak

Majikan Ini Bagi Bonus RM350,000 Jika Pekerja Lahirkan Anak

Sebuah syarikat di Korea Selatan dilapor bersedia membelanjakan sejumlah besar wang bagi mengatasi masalah kelahiran rendah yang sedang dialami negara itu, lapor CNN.

Booyoung Group, sebuah firma pembinaan yang berpangkalan di Seoul merancang untuk memberikan bonus sebanyak 100 juta Korea Won (RM350,500) kepada pekerjanya yang menimang cahaya mata.

Syarikat itu juga akan membayar sebanyak 7 bilion Won secara tunai kepada pekerja-pekerjanya yang melahirkan 70 bayi sejak 2021.

Malah, pemberian bonus ini akan dinikmati semua pekerja Booyoung Group, baik lelaki mahupun wanita, kata jurucakap syarikat berkenaan kepada CNN.

Pengerusi Booyoung Group, Lee Joong-keun menjelaskan syarikat berkenaan menawarkan ‘sokongan langsung’ kepada pekerjanya untuk membantu mereka meringankan beban kewangan membesarkan anak.

Boleh pilih antara rumah atau wang tunai

Dalam pada itu, pekerja yang mempunyai tiga bayi bakal diberi pilihan untuk memilih sama ada ingin menerima 300 juta Won Korea secara tunai ataupun rumah sewa jika kerajaan menyediakan tanah untuk pembinaan.

“Saya harap kami akan diiktiraf sebagai syarikat yang menyumbang dalam menggalakkan kelahiran.. serta prihatin terhadap masa depan negara,” ujar Lee Joong-keun seperti yang dilaporkan dalam CNN.

Menurut portal CNN lagi, syarikat itu telah dibangunkan pada 1983 dan telah membina sebanyak 270,000 rumah.

Dalam pada itu, dengan kadar 0.78, iaitu purata bilangan anak yang akan dimiliki oleh seorang wanita dalam hayatnya, Korea Selatan menjadi negara dengan kadar kesuburan terendah pada 2022.

Malah, ramalan daripada Jabatan Statistik Korea Selatan juga menjangkakan purata berkenaan akan terus merosot kepada 0.65 menjelang 2025.

Program ini turut wujud di China

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Korea Selatan dan syarikat swasta lain sudah menawarkan faedah kewangan untuk menggalakkan orang ramai mempunyai lebih ramai anak, tetapi manfaatnya tidak sebanyak syarikat Boonyoung Group.

Program serupa juga wujud di China, di mana populasi di negara Tembok Besar itu semakin menurun selama dua tahun berturut-turut.

Terdahulu, salah satu agensi pelancongan dalam talian terbesar di dunia, Trip.com China berkata pekerja yang telah berkhidmat dengan syarikat itu selama sekurang-kurangnya tiga tahun akan menerima bonus tahunan sebanyak 10,000 Yuan.

Bonus tersebut akan diberikan bagi setiap anak yang baru lahir setiap tahun dari hari lahir pertama sehingga mereka mencapai umur lima tahun.

BACA: Lima Pelajar Malaysia Terlibat Kemalangan Di New Zealand, Dua Dilapor Maut

Sumber: CNN, NPR

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.