Siakap Keli
proses embalming jenazah
Kredit: Bernama

Ketahui Apa Itu “Embalming”, Proses Terhadap Jenazah Untuk Dibawa Pulang Dari Luar Negara 

Ketahui Apa Itu “Embalming”, Proses Terhadap Jenazah Untuk Dibawa Pulang Dari Luar Negara 

Kematian adalah satu perkara yang tidak dapat dijangka oleh sesiapa pun. Ia boleh berlaku di mana sahaja mengikut ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT.

Jika seseorang meninggal dunia di luar negara, ahli keluarga semestinya perlu membuat keputusan sama ada ingin mengebumikan jenazah di sana atau membawa pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, proses untuk membawa pulang jenazah kadang kala sangat sukar dan memakan kos yang banyak terutama jika berada di negara yang jauh beribu batu.

Selain itu, terdapat proses yang perlu dijalankan sebelum membawa jenazah pulang ke tanah air, iaitu proses embalming. 

BACA: “Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

Secara lazimnya, proses embalming bagi jenazah sedikit berbeza mengikut agama masing-masing.

Apa itu embalming?

Bagi yang belum tahu, embalming merupakan proses mengawet atau mengabadikan. Ia adalah satu proses bagi menghalang mayat daripada reput dan busuk bagi memastikan jenazah dapat bertahan lama untuk menempuh perjalanan pesawat yang mengambil masa berjam-jam.

Menurut Datuk Dr Zulkifli dalam Maktabah al-Bakri, sebelum proses embalming bermula, badan jenazah akan dibasuh dengan menggunakan larutan disinfektan (bahan penyahjangkit). Selepas itu, anggota badan akan diurut bagi melonggarkan sendi-sendi dan otot.

Pihak yang mengendalikan mayat akan mencukur bulu pada bahagian tubuh mayat, jika perlu pada waktu tersebut.

Seterusnya, kedua-dua mata jenazah akan ditutup dengan menggunakan sejenis gam atau penutup mata plastik bagi memastikan kelopak mata daripada terbuka.

Manakala, semasa proses embalming, darah akan dikeluarkan daripada badan menerusi vena iaitu urat darah. Darah yang dikeluarkan akan digantikan dengan bahagian kimia berasaskan formaldehid melalui saluran arteri.

Selepas arterial embalming, rongga-rongga badan juga perlu diawet. Satu lubang kecil akan dibuat pada bahagian bawah abdomen dan sebatang trokar, iaitu sejenis perkakas pembedahan yang tajam akan dimasukkan pada rongga badan.

Semua organ-organ di dalam rongga dada akan ditebuk dan kandungan berbentuk seperti cecair dan gas akan dikeluarkan daripada badan.

Ketika proses tersebut berlaku, bahan kimia berasaskan formaldehid akan dimasukkan ke dalam badan secara berkala. Apabila sudah tiada kandungan yang tersisa di dalam badan, beberapa bahagian anggota dijahit, maka jenazah tadi telah berjaya diawetkan secara sepenuhnya.

Apabila proses embalming telah pun selesai, jenazah akan diuruskan mengikut kepercayaan masing-masing.

Adakah jenazah beragama Islam dibolehkan untuk menjalani proses embalming?

Persoalan berkenaan proses embalming ini telah menjadi satu perdebatan besar dalam kalangan penganut agama Islam. Hal ini kerana, jenazah bagi penganut agama Islam dituntut untuk dikebumikan secepat mungkin.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengatakan bahawa hukum asal bagi mengawet mayat (embalming) melalui bahan kimia adalah haram kerana ia telah mencabuli kehormatan mayat.

“Sedangkan manusia ialah makhluk ciptaan Allah SWT yang dimuliakan semasa masih hidup mahukan setelah meninggal dunia,” tulis beliau menerusi laman sesawangnya.

Sungguhpun begitu, jika terdapat sebab-sebab yang mendesak dan keadaan darurat untuk mengawet mayat seperti bagi tujuan untuk mengawal penyakit berjangkit maka hukumnya adalah diharuskan sebagaimana keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke-33 yang bersidang pada 11 Oktober 1993.

Hal ini kerana menolak kemudaratan yang lebih besar iaitu penularan penyakit berjangkit adalah lebih utama berbanding meninggalkan amalan embalming (mengawet) mayat.

BACA: Kurangkan Kesesakan, Ini Tip Guna “Smart Lane” Dengan Betul

Sumber: Basic Funerals Ands Cremation Choices & Maktabah al-Bakri

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma