Iklan 3 Minit Je Tapi Berambu Air Mata, Plot Twist Iklan Raya Ni Buat Ramai Sayu
Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu hari yang ditunggu-tunggu setiap tahun, khususnya bagi golongan yang jarang pulang ke kampung halaman.
Pada masa ini, kita akan berjumpa dengan sanak saudara dan sudah semestinya, ahli keluarga yang paling dekat dengan kita seperti ibu bapa.
Akan tetapi, tak semua berpeluang untuk berjumpa dengan insan kesayangan kerana ada yang sudah tidak berada di dunia ini. Perkara ini tidak ubah seperti apa yang disampaikan oleh Alicafe menerusi filem pendeknya, Kalaulah.
Untuk makluman korang, filem pendek ini telah dibintangi oleh salah seorang bintang muda terkemuka di Malaysia iaitu Khai Bahar.

Dalam filem ini, kita melihat watak utama iaitu Khai yang dilakonkan oleh Khai Bahar sendiri yang tinggal dalam suasana isi rumah yang harmoni.
Segala-galanya indah sehinggakan satu perkara aneh menimpa Khai iaitu dia mendapati semua ahli keluarganya hilang dari pandangan mata.
Apa yang berlaku pada keluarga Khai sebenarnya, ini menjadi persoalan terbesar dalam filem ini.
Reaksi jujur min masa tengok filem ‘Kalaulah’
Pada awalnya, min dapat rasa perasaan nostalgia apabila melihat keadaan isi rumah Khai yang meriah.
Ini menyebabkan kita teringin pulang ke kampung dengan dengan kadar yang segera, semata-mata nak bertemu dengan ahli keluarga yang lain.

Namun pada pertengahan filem, min dapat merasa pertukaran elemen daripada keadaan yang ceria kepada suasana gelap.
Suasana yang dibawa filem ini mulai gelap sewaktu Khai mendapati semua ahli keluarganya hilang dari pandangannya.
Seterusnya, apa yang berlaku terhadap Khai berada di luar jangkaan kita dan bersesuaian dengan tajuk ‘Kalaulah’ yang menunjukkan satu perasaan menyesal seseorang.
Walaupun filem pendek memiliki durasi yang agak pendek, cukup untuk menyampaikan mesej dan emosi yang mendalam buat penontonnya.
Apa yang min dapat simpulkan dari filem Kalaulah
Filem ini mengajar kita untuk menghargai satu perkara yang sangat berharga dalam hidup kita.
Perkara tersebut bukanlah harta seperti wang, emas, hartanah sebaliknya, senyuman orang-orang yang tersayang.
Pada akhir tayangan, jalan penceritaannya dapat menjentik hati kita untuk menghargai setiap orang yang berada di sekeliling kita selalu.

Macam mana nak tengok filem pendek ni?
Lepas min sembang panjang lebar ni, mesti korang tertanya-tanya, apa yang berlaku pada Khai dan keluarganya?
Mestilah min takkan bagitahu ending filem tu dekat sini sebab korang kena tengok filem ni sendiri dan hayati jalan penceritaannya dengan deria korang sendiri.
Bukan tu jer, pelakon utama dan pengarah pun kata bahawa iklan raya Alicafe ini memang lain dari yang lain.
“Orang ramai patut tonton, kerana iklan televisyen ini bukan sekadar iklan televisyen biasa-biasa.” kata Khai Bahar, pelakon utama filem pendek ‘Kalaulah’
“Iklan ini mewakili suara & jiwa kebanyakan orang.” ujar pengarah, Osman Ali
Jadi, jangan lupa tonton filem pendek Alicafe ‘Kalaulah’ di Youtube Tongkat Ali.
Korang pun bawa tisu siap-siap sebab walaupun iklan ni pendek, cukup untuk menggoncang emosi dan menitiskan air mata korang.