Siakap Keli
Tak Sempat Tukar Duit
@DKRemy via TikTok

Tak Sempat Tukar Duit Raya, Wanita “Iron” Duit Berkedut Jadi ‘Baru’ Semula

Tak Sempat Tukar Duit Raya, Wanita “Iron” Duit Berkedut Jadi ‘Baru’ Semula

Kurang dari 10 hari lagi sebelum menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai orang yang sudah mula buat persiapan raya secara sedikit demi sedikit, kan?

Ketika ini, ramai yang sudah mula mengemas rumah, menukar langsir baharu dan sebagainya.

Persiapan-persiapan yang lain seperti membeli baju raya, menyiapkan kuih-muih dan menukar duit raya juga turut dilakukan oleh kita semua.

Namun begitu, menukar duit baru di bank bukanlah semudah yang disangka kerana stok wang tersebut agak terhad.

Walau bagaimanapun, ada juga yang tidak berkesempatan mendapatkan duit baru dan perlu menggunakan duit lama untuk diberikan sebagai duit raya.

Masalahnya, duit lama yang ada dalam dompet biasanya sudah berkedut dan tidak cantik untuk dijadikan duit raya.

Seterika Wang Lama Untuk Hilang Kedut Sebagai Duit Raya

Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik satu video sedang melakukan satu aksi yang tidak diduga iaitu dengan menggosok beberapa helai wang kertas bernilai RM20 menggunakan seterika.

Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun @DKRemy dan pantas menjadi viral di platform tersebut.

Menerusi video berkenaan, wanita tersebut terlebih dahulu merendam wang kertas yang kedut dalam air sebelum diseterika di atas papan seterika.

Uniknya, kaedah berkenaan ternyata berjaya kerana kesan kedut atas duit kertas berkenaan hilang dan kelihatan seperti duit baharu semula.

Video berkenaan mendapat 2.4 juta tontonan dan 2000 lebih komen di TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok kelihatan terhibur dengan aksi spontan yang dilakukan oleh wanita tersebut demi mendapatkan wang yang cantik.

Dalam masa sama, ada segelintir warga maya yang memberikan peringatan supaya tidak seterika wang bernilai RM1 atau RM5 kerana ia boleh mengecut.

Selain itu, ada individu meninggalkan komen agar wanita tersebut menggunakan lapik pada wang berkenaan sebelum diseterika kerana ia lebih selamat, sekaligus tidak merosakkan permukaan wang.

BACA: Boleh Buat Untuk Raya, Akak Ni Kongsi Resepi Biskut “Cranberries Cornflakes Crunchy”

@dkremy

Gara-gara payah dpt tukar duit baru,so aku Iron je lah duit supaya keras n nampak xkedut.. maka dgn ini, ON dah raya aku tahuni ni.. hahahaha #raya2024 #duitraya #duitraya2024🤑

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Sumber: @DKRemy via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.