Siakap Keli
lane-hogger jalan sesak
Kredit: This Is Money

‘Santai’ Di Lorong Tengah & Kanan, Kenali “Lane-Hogger” Selalu Jadi Punca Jalan Sesak

‘Santai’ Di Lorong Tengah & Kanan, Kenali “Lane-Hogger” Selalu Jadi Punca Jalan Sesak

Apabila kita sudah memiliki lesen memandu, secara logik kita sepatutnya sudah tahu dengan undang-undang serta peraturan ketika memandu di atas jalan raya.

Namun begitu, terdapat segelintir individu seolah-olah masih lagi tidak tahu peraturan yang betul dan memandu sesuka hati mereka sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Hal ini termasuklah menggunakan lorong di lebuh raya dengan cara yang tidak tepat.

Misalnya, memandu secara perlahan di lorong tengah atau kanan yang dikhaskan untuk kenderaan yang sedang laju dan mahu memotong.

Tindakan tersebut bukan sahaja menyusahkan pemandu lain, malah boleh mengundang bahaya sekiranya pemandu yang sedang memecut terpaksa menekan brek dan melaras kelajuan secara tiba-tiba.

Malah, tindakan mengganggu aliran trafik dengan sengaja seperti memandu bersantai atau perlahan, 50-60kmj di lebuh raya sebenarnya adalah tabiat menjengkelkan bagi pemandu-pemandu lain.

Kenapa pemandu sebegini sangat menjengkelkan?

Menurut portal Auto Express, individu yang tidak mahu memandu di lorong sepatutnya dan berada di lorong tengah atau kanan digelar middlelane hoggers atau lane-hoggers.

Tindakan mereka untuk memandu secara santai dilorong memotong biarpun lorong paling kiri untuk pemanduan perlahan sedang kosong boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Auto Express berkata, ada beberapa sebab mengapa sesetangah pemandu gemar menjadi middle-lane-hogger atau memandu santai di lorong tengah.

Salah satunya kerana mereka berasa selesa dan tidak perlu mengubah lorong semasa pemanduan. Sebaliknya, kenderaan-kenderaan yang terserempak dengan lane-hogger inilah yang terpaksa memperlahankan kenderaan dan mengubah larong.

Selain itu, apabila berada di lorong tengah, mereka juga tidak perlu begerak untuk memberi laluan kepada mana-mana pergerakan kenderaan keluar atau masuk ke jalan utama.

Lane-hogger jadi punca jalan sesak

Dalam pada itu, tindakan ini juga kerana pemandu tidak mahu berada berhampiran dengan kenderaan-kenderaan berat. Kebiasaannya, kenderaan berat seperti lori atau bas akan berada di laluan perlahan di lorong kiri.

Seperti yang kita bicarakan tadi, selain boleh mengganggu aliran trafik, perbuatan menjadi lane-hogger juga boleh mendatangkan risiko kemalangan.

Misalnya, jika kita ingin memotong kenderaan di hadapan, kita perlu menambah kelajuan semasa kenderaan supaya tindakan untuk memotong berjalan lancar.

Bagaimanapun, jika ada lane-hogger yang memandu secara santai atau terlalu perlahan, kenderaan yang hendak memotong mungkin terpaksa menurunkan kelajuan terlebih dahulu. Tindakan itu terpaksa diambil supaya mereka tidak bertembung dengan kenderaan lane-hogger tersebut.

Apabila kenderaan yang sedang memecut terpaksa menekan brek secara mengejut atau berlebihan, ia akan mencetuskan tindakan berantai jika ada banyak kenderaan di belakangnya.

Keadaan ini seterusnya berpotensi menyebabkan berlaku pelanggaran antara pengguna-pengguna jalan raya.

BACA: Tak Fikir Diri Sendiri, Tular Jururawat Di Taiwan Berusaha Lindung Bayi Semasa Gempa Kuat

Sumber: Auto Express, Wuling ID

Athirah

When nothing goes right, go left.