Siakap Keli
Setiap Rumah Dihias Penuh

Penduduk Sepakat, Viral Satu Kampung Sibuti Meriah Dengan Lampu ‘Lip-lap’ Raya

Penduduk Sepakat, Viral Satu Kampung Sibuti Meriah Dengan Lampu ‘Lip-lap’ Raya

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pelbagai persiapan bakal dilakukan oleh seluruh umat Islam bagi merayakan hari lebaran.

Selain membeli baju raya dan menyediakan kuih raya, ada yang mengambil kesempatan menghias rumah dengan memasang pelita dan lampu hiasan supaya kelihatan meriah serta kemas.

Tambahan lagi, persediaan dibuat juga ibarat tanda menyambut kepulangan anak-anak atau sanak-saudara yang berada di perantauan.

Suasana malam Kampung Kuala Sibuti, Sarawak menarik perhatian orang ramai

Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik satu video memaparkan kemeriahan bahagian luar rumahnya yang dihiasai pelbagai lampu hiasan kelip atau ‘lip-lap’ yang sinonim dengan musim perayaan.

Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun @nrainaqma.

@ainaqma

suasana malam kampung kuala sibuti😍 #fyp #sarawaktiktok #lampuelektrik #selamathariraya #foryoupage

♬ original sound – LaguRaya – LaguRaya

Namun begitu, ternyata kemeriahan berkenaan sebenarnya turut dikongsikan oleh hampir seluruh penduduk di Kampung Sibuti, kawasan tempat tinggal @nrainaqma.

Menerusi video berbeza, @nrainaqma berkongsi penduduk yang lain yang turut serta memasang lampu perhiasan tersebut di luar rumah masing-masing.

Lagi menarik, terdapat beberapa lampu perhiasan dibentuk menjadi sebuah masjid, bulan sabit, bintang dan pelbagai lagi sehingga memukau pandangan mereka yang melihatnya.

@ashotttt_

#bekenusibuti❤️ #raya #miri #sarawaktiktok #foryoupage #fyp

♬ original sound – Eyda najieha✿ – M͟e͟k͟d͟a͟a͟ ᥫ᭡

Selain kawasan rumah, pohon yang berada di kawasan halaman beberapa buah rumah turut dipasang dengan lampu perhiasan berkenaan.

Ditanya mengenai adakah lampu raya menggunakan lampu solar, wanita ini memberitahu mereka menggunakan lampu raya elektrik.

“Kami menggunakan elektrik kerana lampu LED tiada tenaga solar, malah lampu solar tidak terang seperti ini,” ujarnya.

“Amboi meriahnya lampu lip lap dia…”

@my_sufri_channel

Suasana Menjelang Hari Raya di Kampung Kuala Sibuti, Miri #aidilfitri #mysufrichannelmsc #hariraya2024 #tiadaharitanpalive #lampuraya #kualasibuti #miri #harirayaidulfitri

♬ Seloka Hari Raya – dzaqrazky

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji kreativiti penduduk kampung dalam membuat dekorasi itu.

“Satu kampung memeriahkan suasana. Seronok anak-anak atau budak-budak balik kampung,” komen seorang wargamaya.

“Wah seronoknya. Nak pergi beraya kat sana lah,” komen lagi seorang wargamaya.

Pengguna TikTok yang lain sempat merakam kemeriahan suasana Kampung Kuala Sibuti

Sementara itu, seorang wanita turut memuat naik satu video yang dirakam semasa bersiar-siar di kampung berkenaan.

Video yang berdurasi 00.29 saat dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun @acikk_sue.

@acikk_sue

hasil tngkpn📸 tdi…meriah lampu raya cdak orng kuala sibuti bekenu#CapCut #bismillahfypシ゚viral

♬ original sound – ㅤᵕ̈ – user74581774389

Bahang sambutan Hari Raya Aidilfitri mula dirasai apabila penduduk tidak melepaskan peluang mendekorasi kediaman masing-masing.

BACA: Amalan Tidak Selamat Di Jalan Raya Kekal Penyumbang Utama Nahas – Pakar

Sumber: @nrainaqma, @acikk_sue via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.