Siakap Keli
rakam gerhana matahari penuh
Gambar: AFP

Elak Rakam Gerhana Matahari Penuh Guna Kamera Telefon – NASA

Elak Rakam Gerhana Matahari Penuh Guna Kamera Telefon – NASA

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menggunakan kamera telefon pintar untuk merakam fenomena gerhana matahari penuh.

Menerusi satu ciapan di Twitter, NASA berkata sensor telefon boleh rosak jika dihalakan terus ke matahari.

Pihaknya berkata sedemikian bagi menjawab pertanyaan seorang YouTuber dari Amerika Syarikat, Marques Brownlee yang sudah lama tertanya-tanya mengenai perkara tersebut.

BACA: Matahari Tegak Atas Kaabah, Gerhana Bulan Separa, Dua Fenomena Astronomi Berturutan Pada 16 Dan 17 Julai Ini

“Betul, ia akan berlaku terutama jika anda menggunakan sebarang jenis lampiran kanta pembesar pada telefon,” katanya.

Dalam masa yang sama, NASA juga memberikan tip untuk merakam gerhana iaitu dengan memegang sepasang cermin mata gerhana di depan lensa kamera. Pengguna juga boleh menggunakan  penapis suria khas untuk melindungi kamera telefon.

Selain itu, NASA menasihatkan agar pengguna tahu mengenai keupayaan kamera telefon masing-masing.

“Kebanyakan kamera dan juga beberapa kamera telefon mempunyai exposure boleh laras, yang boleh membantu menggelapkan atau mencerahkan imej anda ketika pencahayaan gerhana yang rumit.

“Pastikan anda tahu cara untuk fokuskan kamera secara manual bagi tangkapan yang lebih jelas,” katanya.

Untuk pengetahuan, Fenomena Gerhana Matahari Penuh diramalkan berlaku pada 8 April dan dapat disaksikan di seluruh Amerika Utara dan Amerika Tengah.

Bagaimanapun, ia tidak dapat disaksikan di Malaysia kerana laluan bayang-bayang umbra dan penumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di negara ini pada waktu tersebut.

Fenomena ini diramal akan berlaku lagi pada 23 Ogos 2044. Namun, pada tahun ini, ia merupakan kali terakhir yang dapat dilihat di Amerika Syarikat.

Bagi penduduk di Malaysia, anda boleh menyaksikan fenomena itu secara langsung di Facebook Planetarium Negara pada jam 11.30 malam ini.

BACA JUGA: “Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

Sumber: NASA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.