Siakap Keli
Sumber : BERNAMA

ENEGEM Ditubuhkan Bagi Urusniaga Perdagangan Bekalan Elektrik Hijau Merentas Sempadan Ke Singapura

ENEGEM Ditubuhkan Bagi Urusniaga Perdagangan Bekalan Elektrik Hijau Merentas Sempadan Ke Singapura

PUTRAJAYA, 15 APRIL 2024 – Selaras dengan aspirasi peralihan tenaga negara serta komitmen Malaysia untuk menyokong inisiatif  integrasi bekalan elektrik serantau melalui ASEAN Power Grid, Kerajaan  telah bersetuju untuk menubuhkan Energy Exchange Malaysia 

enegem perdagangan bekalan elektrik hijau
Sumber : BERNAMA

(ENEGEM) bagi melaksanakan perdagangan bekalan elektrik hijau merentas sempadan ke negara jiran. Urusan perdagangan tenaga  merentas sempadan menerusi platform ENEGEM ini akan dilaksanakan  berpandukan “Guide for Cross-Border Electricity Sales (CBES)” terkini  yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. 

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)  mempelawa pihak yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai  proses bidaan pembelian bekalan elektrik hijau daripada sistem bekalan  elektrik Malaysia untuk disalurkan ke sistem bekalan elektrik Singapura  menerusi platform ENEGEM. Pembidaan bagi perdagangan bekalan  elektrik hijau merentas sempadan ke Singapura ini akan dimulakan  dengan pelaksanaan projek rintis berjumlah 100 megawatt (MW) menggunakan rangkaian infrastruktur sambung tara sedia ada antara  Semenanjung Malaysia dan Singapura.  

Intipati pelaksanaan proses bidaan bagi pembelian bekalan elektrik hijau di bawah projek rintis ini adalah seperti berikut: 

a) Skim perintis ini adalah terbuka kepada Pembida Tenaga Boleh  Baharu (TBB) yang mempunyai lesen penjanaan dan/atau lesen  peruncitan bekalan elektrik untuk pasaran Singapura; 

b) Pembida TBB yang berminat perlu berdaftar dengan Single Buyer untuk menyertai proses bidaan yang dilaksanakan; 

c) Pembida TBB yang memohon untuk didaftarkan akan dinilai  menerusi proses pra-kelayakan. Mereka yang berjaya akan  mendapat notifikasi untuk melakukan bidaan pembelian Bekalan  Elektrik Hijau pada hari bidaan;dan 

d) Pembida yang berjaya akan menandatangani Perjanjian  Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu (RE Supply Agreement) dengan Single Buyer untuk urusniaga bekalan elektrik hijau yang  telah berjaya dibida. 

Pembida TBB yang berminat boleh mendaftarkan hasrat penyertaan  melalui laman sesawang Kementerian Peralihan Tenaga dan  Transformasi Air (PETRA) atau Single Buyer mulai 16 April 2024. 

PETRA yakin pelaksanaan bidaan melalui platform ENEGEM ini akan  membolehkan Malaysia memperkukuhkan lagi kerangka kerja  pembekalan elektrik merentas sempadan, di samping membuka peluang pembangunan serta usaha sama bidang TBB yang lebih luas melalui  perdagangan TBB merentas sempadan antara negara ASEAN.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.