Detik Lucu Pelumba Moto3 Tertukar Motosikal Buat Ramai Terhibur
Sukan permotoron sememangnya salah satu sukan yang mendapat perhatian ramai peminat lebih-lebih lagi ia menampilkan banyak penunggang motosikal profesional seperti Valentino Rossi.
Bukan sahaja menarik, tetapi sukan tersebut juga penuh dengan aksi-aksi yang cukup mendebarkan dan ia berlangsung di atas litar yang penuh dengan selekoh yang tajam.
Jadi, tidak hairan mengapa golongan muda juga tidak melepaskan peluang menonton sukan permotoran itu dan memaparkan semangat kepada penunggang motosikal yang digemari.
Dalam sukan ini, sudah beberapa kali kita menyaksikan pelbagai insiden termasuk kemalangan maut.
Namun, baru-baru ini tular satu kemalangan dalam satu perlumbaan Moto3 Amerika yang berlangsung di litar Circuit Of The Americas (COTA) di Texas.
Insiden itu membabitkan beberapa penunggang yang menyaksikan mereka terbabas sewaktu melakukan selekoh.
Walau bagaimanapun, berlaku satu momen mencuit hati ramai ketika kemalangan itu berlaku.
Dalam klip yang dimuat naik oleh MotoGP di TikTok memaparkan salah seorang pelumba, Ivan Ortola tersalah mengambil motosikal selepas bertembung dengan pelumba lain.
Bagaimanapun, Stefano Nepa pemilik motosikal tersebut berlari pantas menuju ke jenteranya yang sudah dinaiki Ortola sebelum mereka kembali menukarnya.
“Hei kawan, itu motosikal saya.
“Ivan Ortola mahu menyertai semula perlumbaan dengan pantas sehingga tidak perasan dia melompat ke atas motosikal Nepa!” tulis MotoGP.
Pecah Perut Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat melihat insiden tersebut.
Bahkan ada juga yang berfikiran bagaimana salah seorang pelumba itu tidak menyedari diriinya tersalah naik motosikal.
BACA: “Blackout Terus”, Minta Tolong Sunting Meter TNB Dalam Gambar Ja, Lain Pula Jadinya
Berikut adalah antara komen warganet;
“Hahahaha.. macam mana boleh silap moto ya,” komen salah seorang pengguna.
“Lepasni kena letak nombor plat tak buang masa,” seloroh seorang pengguna lagi.
“Wei moto aku wei moto aku ni, moto kau tengok baju la,” komen salah seorang pengguna lagi.
Untuk makluman, video itu mendapatkan lebih 1.1 juta tontonan dengan lebih 38,000 tanda ‘Suka’ dengan pelbagai komen daripada pengguna.
@motogp Hey mate, that’s MY bike! 😠 Ivan Ortola wanted to rejoin the race so fast that he didn’t notice he jumped into Nepa’s bike! 😅 #AmericasGP🇺🇸 #Moto3 #MotoGP #Motorsport #Motor #Motorcycle #Racing #SportsOnTikTok
Sumber: TikTok@MotoGP