Siakap Keli
kento momota bersara
Gambar: Bernama

Bekas Pemain No 1 Dunia, Kento Momota Umum Bersara Daripada Arena Badminton

Bekas Pemain No 1 Dunia, Kento Momota Umum Bersara Daripada Arena Badminton

TOKYO — Bekas pemain badminton ranking nombor satu dunia, Kento Momota mengumumkan bakal bersara daripada sukan badminton antarabangsa pada usia 29 tahun, lapor Kyodo News.

Momota berkata dia akan mewakili pasukan kebangsaan buat kali terakhir pada pertandingan pasukan antarabangsa Piala Thomas pada akhir bulan ini di Chengdu, China.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Tokyo pada Khamis.

Bekas pemain nombor satu dunia itu difahamkan mengalami kecederaan baru-baru ini yang mengakibatkan dia berkemungkinan terlepas tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Tambahan lagi, prestasinya sejak beberapa tahun ini dilihat merudum dan tidak kosisten sepertimana kejayaannya dalam merangkul kejuaraan dunia pada 2018.

Pencapaian tersebut menjadikan dirinya atlet badminton lelaki pertama yang melakar kejayaan itu.

“Saya sedar, saya tidak boleh kembali ke titik di mana saya menyasarkan untuk menjadi No. 1 di dunia sekali lagi.

“Saya mempunyai perjalanan kerjaya yang sangat baik dalam bermain untuk pasukan kebangsaan. Sekarang saya mahu terlibat dalam membantu semua orang dalam mencari keseronokan dalam sukan,” kata Momota.

BACA: “Boss, You Mahu Pergi KL Kan? Jangan Patah Balik..” Lelaki Kongsi Pengalaman Pulang Beraya Guna Jalan Tikus

Walau bagaimanapun, Momota memberitahu, dia merancang untuk terus bermain di peringkat domestik.

Karier Kento Momota

Sepanjang penglibatannya dalam sukan badminton ini, Momota telah merangkul pelbagai kejuaraan termasuk merangkul 11 rekod gelaran perseorangan pada musim 2019 menjadikan ia kemuncak prestasinya.

Bagaimanapun, rekod anak kelahiran Kagawa Prefecture itu sedikit tercalar apabila terpalit dengan beberapa kontroversi dan kes.

Ia termasuk terlepas untuk bertanding dalam Sukan Olimpik Rio 2016 selepas digantung ekoran terlibat dalam aktiviti perjudian di sebuah kasino di Jepun.

Pada tahun 2020, Momota terlibat dalam satu kemalangan kereta di Kuala Lumpur yang menyaksikan dia mengalami kecederaan manakala pemandunya maut.

Sumber: Kyodo News

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?