Siakap Keli
Malaysia Tersenarai Dalam Top 50 World Sexiest Accent
Gambar Hiasan

Ramai Tak Tahu, Loghat Malaysia Diiktiraf Antara “Top 50 World Sexiest Accents”

Ramai Tak Tahu, Loghat Malaysia Diiktiraf Antara “Top 50 World Sexiest Accents”

Setiap kali ingin merancang perjalanan, sudah pasti para pengembara dunia akan melihat kepada keindahan alam atau panorama lokasi yang boleh dilawati di destinasi pilihan.

Tetapi sebenarnya, tidak ramai yang sedar bahawa warisan masyarakat dan keunikan tersendiri sesuatu destinasi yang dituju juga menyumbang kepada pengalaman yang akan mekar dalam ingatan.

Salah satu yang mungkin dipandang sebelah mata apabila mengembara adalah berkenaan loghat masyarakat tempatan. Menurut Big 7 Travel Media, terdapat hampir 7,000 bahasa di dunia dengan bermacam-macam jenis loghat.

Susulan itu, Big 7 Travel Media pada tahun 2019 menjalankan satu tinjauan yang menarik mengenai ‘loghat paling seksi’ di seluruh dunia, dikenali sebagai Top 50 World Sexiest Accent.

Daripada hasil tinjauan tersebut, bahasa Kiwi, loghat New Zealand yang dikatakan ‘sangat menawan’ menduduki tempat pertama sebagai loghat paling seksi di dunia.

Diikuti oleh loghat Afrika Selatan (ke-2), Ireland (ke-3), Itali (ke-4) dan Australia (ke-5), menjadikan mereka senarai lima teratas loghat paling seksi di dunia.

Mereka bahkan mengalahkan loghat Perancis (ke-7) yang diiktiraf sebagai “bahasa cinta” di dunia.

Loghat Malaysia duduki tempat ke-39, termasuk dalam loghat paling seksi di dunia

Lebih menarik lagi, Malaysia menduduki tempat ke-39 dalam Top 50 World Sexiest Accent. Loghat Malaysia mengalahkan loghat negara Asia lainnya iaitu Jepun (menduduki tempat ke-42), Cina (ke-43), dan Thailand (ke-48).

Malaysia terkenal dengan sejarah dan warisan budaya yang kaya, pemandangan semula jadi yang menakjubkan serta makanan yang lazat. Namun, siapa sangka loghat negara kita juga termasuk dalam loghat paling seksi di dunia?

Loghat Malaysia mencerminkan kehangatan, keramahan dan keunikan Malaysia yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dan agama di bawah satu bumbung.

Ini menjadi satu lagi aspek yang menambah kepada daya tarikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang unik dan menarik.

Dengan kedudukan Malaysia dalam senarai ‘World’s Sexiest Accent’, ia memberi kita semua alasan untuk bangga akan identiti budaya kita sendiri.

Kita harus menghargai keunikan loghat kita sebagai satu lagi elemen yang memperkukuh kepelbagaian dan keindahan Malaysia.

BACA: Makanan Tradisi Malaysia, CIA Kongsi Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

Sumber: Big 7 Travel Media

Sharifah Hannah Adibah