Mengubah Industri Melalui Keunggulan Pematuhan Dan Pengiktirafan
Kuala Lumpur, 23 April 2024 – The Chartered Institute of Compliance and Accreditation (CICA) telah pengumumkan pra-pelancarannya yang menandakan bermulanya transformasi menuju keunggulan, tadbir urus yang mampan, dan pertumbuhan profesional untuk kelestarian masa depan.
“Dalam landskap perniagaan yang berkembang dengan pesat pada hari ini, yang ditandai dengan peningkatan kompleksiti dan kepentingan amalan kelestarian yang mampan, CICA mengiktiraf keperluan segera untuk mewujudkan sebuah badan selia yang didedikasikan untuk memupuk amalan piawai dan kelestarian mampan di seluruh industri,” kata Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus, Pengerusi CICA.
Dengan komitmen dalam memberikan impak positif yang berkekalan, CICA berdedikasi untuk menubuhkan satu kerangka kerja yang mempromosikan kelestarian, etika tatakelakuan dan tadbir urus yang mampan. Melalui program ESG+, CICA menjadi pemacu utama dalam pengiktirafan ESG melalui kerangka kerja menyeluruh dan inisiatif-inisiatif berteknologi tinggi untuk menyokong organisasi dalam perjalanan kelestarian mereka.
Mengapa ESG+ CICA Layak Mendapat Perhatian Anda:
Kerangka Kerja Menyeluruh: Program ESG+ menyediakan kerangka kerja holistik untuk membantu syarikat-syarikat mengintegrasikan amalan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) ke dalam operasi mereka dengan berkesan. Dengan mengikuti kerangka kerja ini, sesebuah organisasi dapat meningkatkan usaha kelestarian mereka selari dengan amalan terbaik global.
Inisiatif-inisiatif Berteknologi Tinggi: CICA memperkenalkan inisiatif-inisiatif inovatif yang memperkasakan sesebuah organisasi untuk membuat kemajuan bermakna ke arah kelestarian sambil membawa impak positif kepada masyarakat. Inisiatif-inisiatif ini direka untuk menangani cabaran-cabaran dan peluang-peluang yang muncul dalam bidang kelestarian, memastikan organisasi mereka kekal di hadapan.
Manfaat Kerjasama: Syarikat-syarikat yang berkerjasama dan berkolaborasi dengan CICA akan mendapat akses kepada panduan dan pengiktirafan yang terbaik, menempatkan organisasi mereka sebagai pimpinan dalam amalan korporat yang bertanggungjawab. Melalui kerjasama dengan CICA, sesebuah organisasi dapat meningkatkan kredibiliti mereka, menarik perhatian pelabur, dan membezakan organisasi mereka di pasaran.
Peluang Pekerjaan Baru: Program ESG+ tidak hanya mempromosikan kelestarian tetapi juga mencipta peluang pekerjaan baru dengan mendidik dan melatih sekumpulan pakar dalam pematuhan ESG. Dengan melengkapi individu dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, CICA bertujuan untuk menyumbang kepada pertumbuhan tenaga kerja yang bertujuan untuk memajukan amalan korporat yang bertanggungjawab. Inisiatif ini tidak hanya memberi manfaat kepada perniagaan tetapi juga mengukuhkan pasaran kerja dengan menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang kelestarian dan tadbir urus korporat.
CICA menjemput organisasi, syarikat-syarikat, pemimpin industri, dan pihak berkepentingan untuk bergabung dengan kami dalam misi kami untuk mengubah industri melalui keunggulan dalam pematuhan dan pengiktirafan. Bersama-sama, kita dapat membina masa depan yang lebih lestari untuk generasi yang akan datang.