Siakap Keli
Lelaki kongsi hadiah contest
Gambar: TikTok @aminhadarih

Hampir Menang Setiap Peraduan, Lelaki Kongsi Hadiah Hasil Sertai “Contest” Raih Perhatian Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hampir Menang Setiap Peraduan, Lelaki Kongsi Hadiah Hasil Sertai “Contest” Raih Perhatian Ramai

Setiap orang pastinya mempunyai kelebihan dan bakat yang dikurniakan di dalam diri mereka seperti bakat menari, menyanyi, bersukan dan banyak lagi.

Kadangkala bakat yang dianugerahkan ini membawa ‘tuah’ kepada mereka dalam menjalani kehidupan.

Bahkan bakat yang dimiliki ini perlulah digilap dan diasah supaya ia menjadi lebih berkualiti dan sedikit sebanyak boleh disumbangkan kepada masyarakat dan negara.

Usaha tak pernah mengkhianati hasil

Dengan bakat yang ada juga mampu mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik, misalnya seperti seorang lelaki bernama Mohammad Amin Hadarih (@aminhadarih) yang menggunakan bakatnya untuk menyertai pertandingan seni yang dianjurkan di negara ini.

Amin yang berbakat dalam bidang seni berkongsi pengalamannya dalam memenangi hampir setiap peraduan kreativiti yang disertai hingga menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Menariknya, setiap pertandingan yang disertai oleh jejaki ini pastinya membawa pulang hadiah yang cukup lumayan.

Antara hadiah yang dibawa pulang olehnya berupa wang tunai, telefon pintar, skuter, kereta dan termasuklah pakej percutian ke luar negara.

Lelaki kongsi hadiah contest
Gambar: TikTok @aminhadarih
Gambar: TikTok @aminhadarih
Lelaki kongsi hadiah contest
Gambar: TikTok @aminhadarih

Menurut Amin yang juga seorang pesnyarah di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) sewaktu dihubungi, setiap pertandingan yang disertai adalah pertandingan lukisan gambar kreatif, video kreatif dan mewarna.

BACA: Kenapa Langit Bertukar Warna Hijau Ketika Dilanda Ribut? Ini Sebabnya

Tambahnya, dia mula terlibat secara aktif dalam pertandingan seperti sejak tahun 2012 dan telah memenangi pelbagai hadiah termasuk pakej percutian ke Korea bernilai RM10,000 pada bulan Februari lalu menerusi peraduan gambar kreatif.

“Saya juga menang iPhone dalam gambar contest minuman air,” kata pensyarah dalam bidang Rekabentuk Landskap itu.

Lelaki kongsi hadiah contest
Gambar: TikTok @aminhadarih

Peraduan paling terpahat dalam hati

Menceritakan kembali, Amin berkata antara banyak peraduan yang disertai, peraduan foto keluarga merupakan pertandingan yang tidak boleh dilupakan olehnya.

Jelasnya, peraduan foto keluarga itu juga adalah kenangan terakhirnya bersama arwah ayah susulan ia adalah gambar terakhir mereka bersama.

Gambar: TikTok @aminhadarih

Hasil karya itu membolehkan Amin memenangi kereta Proton X70 namun ayahnya tidak sempat untuk merasai hadiah tersebut kerana telah pergi buat selama-lamanya.

“Pertandingan foto keluarga itu gambar terakhir dengan arwah ayah.

“tapi ayah tidak sempat mengambil hadiah sewaktu penyampaian hadiah,” katanya kepada Siakap Keli.

Kongsi Amin di ruangan komen, kebiasaannya, pertandingan yang disertainya adalah percuma dan hobi ini dilakukan secara sendirian bagi mengisi masa lapang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terpesona dengan hasil karya yang dihasilkan oleh lelaki itu.

Segelintir mereka juga berseloroh dan mempersoalkan apakah rahsia disebalik kemenangannya dalam setiap pertandingan yang disertai.

Gambar: TikTok @aminhadarih

Malah, dia sempat menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh pengguna platform berkenaan. Berikut antara komen daripada pengguna;

“Bang kongai la amalan macam mana boleh menang peraduan-peraduan ni,” tanya salah seorang pengguna.

“Yang kita tengok betapa bertuah dia menang semua peraduan, tapi yang kita tak nampak betapa dia seorang yang gigih, rajin dan tak berputus asa. Well deserved!” komen pengguna lain.

“Alhamdulillah. Bakat dan anugerah dariNya,” kata seorang pengguna lagi.

Sumber: TikTok@aminhadarih

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?