Siakap Keli
jepun penghalang gunung fuji
Gambar: Kelvin李 & Philip Fong / AFP

Jepun Pasang Penghalang Setinggi 2.5M Di Tempat Viral “View” Gunung Fuji

Jepun Pasang Penghalang Setinggi 2.5M Di Tempat Viral “View” Gunung Fuji

TOKYO — Kerajaan Jepun akan membina penghalang hitam setinggi 2.5 meter (m) bagi menutup pemandangan di lokasi tular Gunung Fuji, lapor AFP.

Pegawai dari bandar Fujikawaguchiko berkata tindakan itu diambil susulan kerajaan matahari terbit itu kecewa dengan kelakuan buruk kebanyakan pelancong asing.

Difahamkan, pihak berkuasa Jepun akan memasang penghalang itu di tempat bergambar popular bermula seawal minggu depan.

jepun penghadang gunung fuji
Gambar: Kelvin李

“Tindakan ini terpaksa dilakukan dan kami amat kesali kerana ada pelancong yang tidak dapat menghormati peraturan dengan meninggalkan sampah dan mengabaikan peraturan lalu lintas,” katanya.

Pelaksanaan terbaharu itu dilakukan secara langsung selepas Jepun menerima rekod bilangan pelancong luar negara bulanan tertinggi melebihi 3 juta pada bulan Mac buat kali pertama.

Gunung Fuji

jepun penghadang gunung fuji
Gambar: Philip Fong / AFP

Gunung Fuji merupakan gunung tertinggi Jepun dan ia boleh diambil gambar dari banyak tempat di bandar peranginan Fujikawaguchiko.

BACA: Hampir Menang Setiap Peraduan, Lelaki Kongsi Hadiah Hasil Sertai “Contest” Raih Perhatian Ramai

Antara tempat ‘hotspot’ mengambil pemandangan gunung berapi berkenaan adalah di belakang kedai serbaneka Lawson.

“Disebabkan latar belakangnya yang menarik, ia telah tular di media sosial dan menjadi lokasi popular untuk mengambil gambar gunung.

“Kebanyakan pelancong yang rata-ratanya bukan warga Jepun sanggup bersesak datang di sebelah kedai Lawson ini,” katanya.

Berikutan peraturan lalu lintas dan amaran berulang kali oleh pengawal keselamatan sering diendahkan, bandar di wilayah Yamanashi memutuskan untuk memasang penghalang hitam itu sebagai pilihan terakhir.

Gambar: Philip Fong / AFP

Tambahannya lagi, lambakan pelancong mengakibatkan kawasan meletak kenderaan di klinik pergigian berhampiran juga diceroboh.

Malah sesetengahnya dilihat memanjat bumbung klinik untuk mendapatkan hasil gambar terbaik.

Difahamkan, penghalang itu akan dikekalkan sehingga keadaan bertambah baik.

Pada musim panas, pejalan kaki yang menggunakan laluan paling popular untuk mendaki Gunung Fuji akan dikenakan bayaran AS$13 (RM61) setiap satu, dengan nombor dihadkan untuk mengurangkan kesesakan.

Selepas sekatan sempadan ditarik balik sewaktu era pandemik, kerajaan Jepun telah bekerja keras untuk meningkatkan semula bilangan pelawat ke negara itu.

Sumber: AFP Via CNA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?