insureKU, Platform Khidmat Pengagregat Insurans Dan Takaful Censof Maal Terima Kelulusan Bank Negara Malaysia Mulakan Operasi
Kuala Lumpur, Malaysia – 29 April 2024 – Polisi insurans dan takaful konsumer bakal bertambah mudah capai, mampu milik dan mudah difahami dengan pelancaran rasmi, Platform Pengagregatan Takaful dan Insurans Digital holistik yang pertama di Malaysia, insureKU, penghujung tahun ini. Platform tersebut mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk penyertaan dalam Kawal Selia Kewangan Sandbox Negara.
insureKU, sebuah produk Censof Maal Sdn Bhd, subsidiari kepada penyedia penyelesaian kewangan syarikat tersenarai awam Censof Holdings Bhd, telah melalui pembangunan mantap dan ujian alfa sejak 24 bulan lalu. Ia merupakan platform terulung hujung-ke-hujung dalam pengagregatan dan penyelesaian insurans dan takaful bersepadu di negara ini.
“Kami mengutamakan pengguna melangkaui segala perkara lain, didorong oleh visi kami untuk transformasi yang positif dan mudah diakses dalam keperluan harian kita– insurans. Bank Negara Malaysia telah sekian lama menjadi rakan kongsi murni kerana menyokong dan memberi kepercayaan kepada kami menyedia penyelesaian insurans dan takaful yang mensasar segenap lapisan warga Malaysia. Di era digital yang pesat ini, kita harus memastikan tiada siapa tertinggal di belakang, terutama di arena kritikal seperti penyelesaian insurans dan takaful,” jelas Shadhana Sekaran, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif insureKU Malaysia.
insureKU memanfaatkan teknologi dalam menawarkan rangkaian insurans selengkapnya, merangkumi insurans nyawa, am dan kategori produk takaful. Gandingan inovasi dan ekosistem yang memfokus kepuasan pelanggan, insureKU memperkasa para individu mengendali perjalanan kewangan dengan lebih baik lagi.
Bank Negara Malaysia mengumumkan perkembangan terkini dokumen polisi Rangka Kawal Selia Teknologi Kewangan Sandbox Negara sebagai usaha memantap inovasi teknologi kewangan atau fintech di negara ini. Mula dilancar pada Oktober 2016, rangka kerja ini digubah untuk merangsang persekitaran kawal selia penggunaan fintech yang kondusif bagi menggalakkan inovasi lebih bermakna dalam sektor kewangan. Pengumuman terkini mengesahkan insureKU, telah berjaya menyempurna semakan ketersediaan operasi serta disahkan boleh memulakan operasi dengan kadar serta-merta.
Kebanggaan negara: Dibina untuk ekosistem konsumer warga Malaysia yang bingkas kewangan
“Kerjasama strategik dengan penyedia insurans dan takaful terkemuka bertaraf dunia, keserasian tinggi dengan jualan insurans tradisional dan proses perkhidmatan, serta capaian kepada konsumer secara dalam dan luar talian, akan membolehkan kami menyokong wawasan Malaysia menjadikan ekosistem insurans dan takaful mudah capai, bingkas, sihat dan maju bagi setiap warga Malaysia,” tambah Sekaran lagi mengenai salah satu tonggak yang menyokong arah tuju insureKU.
Menyedari kerumitan sedia ada pada proses membuat keputusan dalam insurans dan takaful serta kekurangan panduan pakar, insureKU dirumus untuk mempermudah proses dengan menawarkan kepada konsumer satu platform selengkapnya dari hujung-ke-hujung.
Maklumat selanjutnya, kunjungi www.insureku.com.