Siakap Keli
mtdc kerjasama
Sumber : BERNAMA

MTDC Jalin Kerjasama Antara UTHM-AMRACE, Perkukuh Kepakaran Aeroangkasa

MTDC Jalin Kerjasama Dengan UTHM-AMRACE, Perkukuh Kepakaran Aeroangkasa

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn dan Advanced Manufacturing Robotics Accelerator (AMRACE) Sdn Bhd sebagai inisiatif dalam meningkatkan kecekapan pendidik, penyelidik, graduan serta usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke arah mengukuhkan kepakaran dan keupayaan industri aeroangkasa serta industri lain yang berkaitan.

Kerjasama ini juga bagi mengejar peluang dan mewujudkan rangka kerja untuk pembangunan keusahawanan dan pengkomersialan termasuk pembiayaan/pelaburan, program latihan, bimbingan dan tunjuk ajar, rangkaian, dan sistem sokongan lain ke arah memupuk usaha niaga keusahawanan dalam pelbagai industri.

Selain itu, kolaborasi ini bertujuan meningkatkan keupayaan dan kebolehan PKS serta usahawan melalui suntikan dan aplikasi teknologi yang bersesuaian dengan  Industri 4.0, Kilang Pintar dan bidang lain yang sedang berkembang. Seterusnya, kerjasama ini juga akan mengenal pasti sumber-sumber yang relevan untuk menyokong dan melaksanakan program-program serta inisiatif yang telah dipersetujui bersama.

MTDC turut menjalinkan kerjasama bersama Pimpinan Muhammadiyah serta MSD Intelligence Sdn Bhd (MSD) berdasarkan MOU yang telah dipersetujui pihak bersama.

Nurul Naqiyah