Siakap Keli
Gunung Ruang Meletus
Kredit: Bernama

Gunung Ruang Meletus: AirAsia Jadual Semula Penerbangan Antara KL-Tawau, KK-Tawau

Gunung Ruang Meletus: AirAsia Jadual Semula Penerbangan Antara KL-Tawau, KK-Tawau

Capital A melalui satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan beberapa penerbangan Air Asia dari/ke Malaysia Timur hari ini telah dijadualkan semula selepas Gunung Ruang di Indonesia meletus sekali lagi.

Menurut Air Asia, penjadual semula itu melibatkan penerbangan antara KL-Tawau (AK5751 & AK5752) dan KK-Tawau (AK6270 & AK6271).

Ujar syarikat penerbangan itu lagi, para pelanggan penerbangan yang terjejas boleh menyemak status penerbangan masing-masing melalui  https://www.airasia.com/flightstatus/en/gb.

“Kami terus memantau keadaan dan akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai perkembangan terkini,” kata Capital A.

BACA: Helikopter Terhempas, Sembilan Tentera Colombia Maut

Meletus kira-kira 2:35 pagi waktu Indonesia Barat

Terdahulu, Pusat Gunung Berapi dan Tebatan Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia telah memaklumkan bahawa Gunung Ruang di Sulawesi Utara meletus sekali lagi pada hari ini.

Difahamkan, gunung berkenaan meletus kira-kira 2:35 pagi, waktu Indonesia Barat. Letusan berkenaan telah direkodkan pada seismograf dengan amplitud maksimum kira-kira 55 milimeter dengan durasi 600 saat.

Kepulan asap juga kelihatan juga pada puncak gunung berapi, dengan ketinggian kepulan kira-kira 2,000 meter.

Susulan perkembangan tersebut, PVMBG kemudian memaklumkan status keaktifan gunung berkenaan sekali lagi dinaikkan kepada paras IV iaitu paling tinggi.

PVMBG turut mengingatkan orang ramai untuk menjauhkan diri sekurang-kurangnya enam kilometer daripada pusat kawah aktif Gunung Ruang.

Manakala, penduduk yang menetap di Pulau Tagulandang iaitu dalam lingkungan enam kilometer dari pusat kawah diarahkan untuk berpindah ke tempat selamat dengan kadar yang segera.

“Masyarakat di Pulau Tagulandang khususnya yang menetap berdekatan gunung terbabit, diminta berjaga-jaga akan potensi lontaran batuan, luruhan awan panas dan tsunami yang disebabkan oleh runtuhan struktur dari gunung api ke dalam laut,” tulis PVMBG.

Penduduk yang duduk berdekatan dengan kawasan tersebut turut dinasihati memakai pelitup muka. Hal ini adalah untuk memastikan abu-abu gunung berapi mengganggu sistem pernafasan.

Dalam pada itu, beberapa video yang merakam aktiviti letusan gunung berapi berkenaan turut menajdi tular di media sosial.

Kejadian berkenaan pantas menjadi tular dan mendapat perhatian warga maya, termasuk pengguna-pengguna di seluruh dunia.

BACA: Ini Cara Buat Tuntutan Kemalangan Akibat Jalan Rosak

Sumber: Capital A

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.