Siakap Keli
tip masuk peraduan
Gambar: TikTok @aminhadarih

Jarang Kalah Dalam Pertandingan, Lelaki Kongsi 10 Tip Masuk Peraduan

Jarang Kalah Dalam Pertandingan, Lelaki Kongsi 10 Tip Masuk Peraduan

Tentunya ramai yang menginginkan hadiah, lagi-lagi hadiah utama setiap kali masuk dalam pertandingan atau mana-mana peraduan.

Berbeza dengan cabutan bertuah atau lucky draw, peraduan lebih bersifat yang terbaik adalah pemenangnya.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan dalam peraduan atau contest kebiasaannya cukup lumayan terutamanya hadiah utama.

Antara hadiah yang sering diberikan kepada pemenang termasuklah wang tunai, kereta, motosikal, hamper dan pakej percutian.

Namun, untuk terpilih sebagai pemenang bukanlah mudah kerana setiap peserta perlu bersaing dengan peserta lain mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Peserta dengan hasil terbaik akan dipilih sebagai pemenang.

Nak jadi pemenang? Hari ini SK akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh Mohammad Amin Hadarih yang dimuat naik di akaun TikToknya @aminhadarih mengenai tip ketika menyertai peraduan.

Amin sebelum ini berkongsikan pengalamannya memenangi pelbagai contest yang disertainya. Jom ikuti perkongsiannya di bawah. Semoga bermanfaat.

Tip Masuk Peraduan

Karya Kreatif & Inovatif

Untuk peraduan cipta logo atau fotografi kreatif atau melukis. Kita perlu tonjol kreativiti yang lain daripada lain, di samping menfokuskan produk atau barang yang ingin ditonjolkan. 

tip masuk peraduan
Gambar: TikTok @aminhadarih

Usaha Lebih Gigih

Rajin mempelajari sesuatu yang baharu untuk memberikan kelainan. Jadikan penyertaan daripada para pemenang utama sebagai sumber rujukan dan inspirasi. 

Cari Kawan Kaki Contest

Memiliki kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama, dapat meningkatkan semangat dalam menyertai peraduan, selain berkongsi pelbagai idea bernas dan informasi tentang peraduan terkini. 

Baca Terma Dan Syarat

Ini sangat penting supaya kita memahami lebih terperinci tentang peraduan tersebut. Pembatalan penyertaan akibat kesilapan teknikal juga dapat dielakkan. 

Sediakan Peruntukan Wang

Kebanyakan syarat peraduan adalah dengan membeli produk jenama penganjur maka kita mesti sanggup membelanjakan wang untuk ini dan juga untuk prop atau peralatan supaya karya lain daripada yang lain. 

BACA: Hampir Menang Setiap Peraduan, Lelaki Kongsi Hadiah Hasil Sertai “Contest” Raih Perhatian Ramai

Peraduan Media Sosial

Gambar: TikTok @aminhadarih

Hantar penyertaan peraduan atas talian anda ketika di penghujung tarikh tutup untuk mengelakkan penyertaan kita ditiru oleh pesaing lain. (Contoh: Instagram/Facebook).

Doa & Tawakal

Jangan meletakkan harapan kemenangan terlalu tinggi kerana jika kita kalah, kita akan rasa sangat kecewa. Sentiasa berdoa, anggap kemenangan sebagai rezeki. 

Jangan Putus Asa

Untuk setiap kekalahan, jangan berputus asa dan sentiasa terus mencuba dan belajar daripada orang-orang hebat. Jangan tiru tapi cari identiti sendiri. 

Jangan Umum Terlalu Awal

tip masuk peraduan
Gambar: TikTok @aminhadarih

Jika anda diumumkan sebagai pemenang, simpan dahulu berita gembira ini sehingga anda dapat hadiah kemenangan anda. Kadang-kadang ada yang tidak berpuas hati akan kemenangan kita.

Kongsi Rezeki Kemenangan 

Kongsi rezeki dengan insan yang banyak membantu dalam karya dan penyertaan anda. Apabila kita berkongsi rezeki, kita akan dilimpahi dengan rezeki lain juga. 

Sumber: TikTok @aminhadarih

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?