Siakap Keli
kanak-kanak autisme lemas
Kredit: BBP Skudai

Dilaporkan Hilang Selepas Jatuh Dalam Sungai, Kanak-Kanak Autisme Ditemukan Lemas

Dilaporkan Hilang Selepas Jatuh Dalam Sungai, Kanak-Kanak Autisme Ditemukan Lemas

Seorang kanak-kanak lelaki autisme meninggal dunia selepas terjatuh di Sungai Skudai berdekatan Kampung Sepakat Baru pada lewat malam tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, kanak-kanak berusia lima tahun itu dilaporkan hilang selepas terjatuh di sungai terbabit semalam.

Berdasarkan kenyataan Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Saifulbahri Safar, mangsa telah ditemui oleh anggota unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

Pasukan terbabit telah menemui jasad mangsa pada jarak kira-kira 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.

Mengulas lanjut, Saifulbahri memaklumkan pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 5.50 petang.

“Kami menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.59 petang. Sebaik menerima panggilan berkenaan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera ‘fire rescue tender‘ (FRT) dan satu jentera unit perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan (EMRS) dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dihantar ke lokasi.

“Anggota PKO kemudiannya bertindak membuat pencarian di sepanjang tebing sungai sepanjang 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh manakala anggota PPDA membuat operasi selama mengunakan teknik ‘swift wiping‘.” jelasnya.

Jelas Saifulbahri, mayat mangsa kemudiannya ditemui pasukan penyelamat dalam lingkungan 11.15 malam. Sesulan penemuan terbabit, operasi berkenaan telah ditamatkan pada jam 1.20 pagi.

Dua Kanak-kanak Maut, Lemas Ketika Mandi Di Pantai

Terdahulu, dua kanak-kanak dilapor maut selepas lemas ketika mandi Pantai Teluk Lipat, di Dungun, Terengganu pada Mac lalu.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Mohd Zaiharis Sandar, mangsa yang meninggal dunia masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun.

Kedua-duanya ditemui oleh pasukan penyelamat pada jarak dan waktu berasingan dari lokasi teakhir mereka dipercayai lemas, lapor Sinar Harian.

Ujarnya, pasukan penyelamat menemui mangsa pertama yang berusia sembilan tahun pada 4.57 petang, kira-kira 150 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas.

Manakala seorang lagi mangsa telah ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir pada 6.24 petang.

Kata Mohd Zaiharis lagi, jasad kedua-dua kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BACA: Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk

Sumber: Sinar Harian 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma