Siakap Keli
Microsoft labur Malaysia
Gambar: Bernama

Microsoft Labur US$2.2 Bilion Dalam Infrastruktur Awan Dan AI Malaysia

Microsoft Labur US$2.2 Bilion Dalam Infrastruktur Awan Dan AI Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) — Microsoft akan melabur US$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI) negara untuk tempoh empat tahun akan datang, kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satya Nadella.

Pelaburan itu termasuk membina infrastruktur digital, mewujudkan peluang kemahiran AI, menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI Nasional dan meningkatkan keupayaan keselamatan siber negara.

Pelaburan itu menunjukkan komitmen Microsoft untuk membangunkan Malaysia sebagai hab kepada pengkomputeran awan dan teknologi maju yang berkaitan, termasuk AI generatif.

BACA: Hajat Rasmi Pembukaan Tak Kesampaian, Barber Namakan Kedai “Manros” Sempena Nama Ibu Bapa

“Kami mahu memastikan bahawa kami mempunyai infrastruktur bertaraf dunia di negara ini supaya setiap organisasi, pembangun perisian dan syarikat pemula niaga boleh menggunakannya, bukan sahaja membina untuk negara ini tetapi untuk dunia dan rantau ini,” katanya dalam ucaptama pada Microsoft Build AI Day di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?