Siakap Keli
Selamatkan Tunang Disamun
Kredit: Bernama

Lelaki Cedera Ditetak Dengan Pedang Samurai Ketika Selamatkan Tunang Dari Disamun

Lelaki Cedera Ditetak Dengan Pedang Samurai Ketika Selamatkan Tunang Dari Disamun

Seorang lelaki cedera akibat ditetak dengan pedang samurai ketika cuba menyelamatkan tunangnya daripada disamun, lapor Sinar Harian.

Kejadian berkenaan berlaku di laluan masuk kawasan kedai berhampiran perumahan Melinsung, kira-kira jam 1:30 pagi pada Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 27 tahun cedera pada kedua-dua belah tangan. Sementara tunangnya yang tuurut berada di lokasi selamat.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa baru saja selesai menghantar sayur di Kota Kinabalu dan singgah di Papar untuk makan malam.

“Ketika kejadian pengadu yang juga tunang mangsa berusia 23 tahun itu keluar dari kenderaan dan didatangi seorang suspek yang juga keluar dari sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Suspek membawa objek tajam disyaki pedang samurai dan bertindak merampas beg silang pengadu yang mengandungi telefon bimbit dan dokumen peribadi.

“Ketika kejadian, mangsa yang ada bersama pengadu segera bergelut dengan suspek namun suspek telah menetaknya sebanyak dua kali sehingga menyebabkannya cedera pada kedua belah tangan,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Tambah Kamaruddin, suspek selepas itu bertindak melarikan diri dengan menaiki kenderaan yang dipandu oleh suspek lain.

“Sementara itu, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Papar untuk mendapatkan rawatan dan mangsa mengalami patah tulang, luka dan mengalami kecederaan luar di bahagian lengan bawah tangan kanan namun disahkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Ujarnya lagi, pihak polis sedang berusaha mengesan suspek dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Suspek seorang berbadan kurus dan ketika kejadian suspek memakai topi keledar berwarna biru, berjaket serta berseluar panjang,” katanya.

BACA: Dilaporkan Hilang Selepas Jatuh Dalam Sungai, Kanak-Kanak Autisme Ditemukan Lemas

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.