Siakap Keli
akhyar rashid samun
Kredit: fnasrom via X

Akhyar Rashid Cedera, Dipercayai Jadi Mangsa Samun

Akhyar Rashid Cedera, Dipercayai Jadi Mangsa Samun

Pemain bola sepak JDT yang kini beraksi secara pinjaman dengan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid dilapor cedera selepas dipercayai menjadi mangsa samun.

Menurut portal Stadium Astro, kejadian berkenaan dikatakan berlaku di sekitar Kuala Terengganu hari ini.

Pemain kebangsaan itu kemudian telah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Beberapa keping gambar dan video yang menunjukkan keadaan pemain itu turut menjadi tular di media sosial. Antara yang tular adalah hantaran yang memperlihatkan Akhyar sedang berada di atas kerusi roda sambil memegang kepalanya.

Ujar Stadium Astro, Akhyar baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-25 semalam bersama rakan-rakan dan keluarganya.

Athirah

When nothing goes right, go left.