Siakap Keli
dermasiswa b40 db40
Kredit: Bernama

Kerajaan Peruntukkan RM19.48 Juta Untuk Dermasiswa B40 (DB40)

Kerajaan Peruntukkan RM19.48 Juta Untuk Dermasiswa B40 (DB40)

Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilaporkan memperuntukkan kira-kira RM19.48 juta untuk program Dermasiswa B40 (DB40) baru-baru ini.

Pihak terbabit telah memaklumkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik dalam laman X (@jpagov)Β hari ini.

Dalam hantaran tersebut, JPA menzahirkan komitmen bagi memastikan kumpulan B40 sering mendapat kemas kini berkenaan program tajaan JPA dari semasa ke semasa.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terus komited memastikan kumpulan B40 mempunyai akses maklumat yang lengkap berkaitan pelbagai program tajaan JPA termasuk Dermasiswa B40 (DB40) menerusi jelajah Program MADANI Rakyat Zon Utara 2024 pada 3 Mei-5 Mei 2024 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang,” jelasnya.

Untuk makluman, program DB40 memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keluarga berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari.

Secara khususnya, mereka bakal melanjutkan pengajian pada peringkat Diploma bagi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Menerusi penajaan DB40, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keluarga berpendapatan rendah atau golongan B40 berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) tertakluk kepada syarat yang ditetapkan” terangnya lagi.

Peserta yang mengikuti program tajaan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan tanpa ikatan pembayaran lain selain sebab-sebab tertentu.

BACA JUGA: Betul Ke Isi Minyak “Full Tank” Merugikan? Ini Penjelasan Pakar

Ini adalah untuk menggalakkan anak-anak muda untuk menyambung pelajaran tanpa sebarang bebanan selepas menamatkan pengajian.

“Dibiayai penuh oleh Kerajaan Persekutuan, program penajaan dalam negara ini turut menawarkan model penajaan berbentuk dermasiswa kepada penerima tanpa ikatan pembayaran balik kecuali menarik diri atau gagal daripada pengajian dalam tempoh penajaan,

“Ini bertujuan untuk meningkatkan akses pendidikan tinggi dan latihan kemahiran kepada pelajar B40,” tambahnya lagi.

Berdasarkan rekod pelaksanaannya dari 2016-2023, jumlah penerima DB40 adalah seramai 24,919 orang. Perkara ini telah membawa kepada jumlah peruntukan keseluruhan kira-kira RM111.1 juta.

Pada akhir kenyataannya, kerajaan menerusi JPA menzahirkan rasa tekad untuk membantu golongan B40 dalam mendapatkan pendidikan tertiari yang terbaik.

“Tekad kerajaan MADANI untuk membantu golongan B40 diteruskan pada tahun 2024 dengan peruntukan DB40 sejumlah RM19.48 juta.

“Justeru, menerusi program penajaan DB40 ini JPA berharap lebih ramai anak-anak daripada keluarga B40 berpeluang melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi dalam usaha meningkatkan tahap sosioekonomi keluarga mereka,” jelasnya.

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Modal Insan di talian 03-8885 3365/3452Β  atau melayari Portal Penajaan Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyemak syarat-syarat permohonan penajaan DB40.

BACA: Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.