Tiga Pegawai Kanan Polis Ditahan Berhubung Kes Pemerasan RM 1.25 Juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan dan menahan tiga pegawai kanannya berhubung kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tiga pegawai kanan berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP), Deputi Superintendan Polis (DSP) dan Inspektor itu ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, hari ini.
“Dalam siasatan awal, kesemua pegawai berusia 38 hingga 50 tahun itu menafikan terbabit dalam kes terbabit.
“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5) mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat pada keesokan harinya,” kata Razarudin menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Tiga pegawai kanan polis ditahan, disyaki terlibat kes pemerasan
Difahamkan, siasatan dijalankan oleh pihak USJT Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman itu dibuat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
“Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh menggangu siasatan,” ujar Razarudin lagi.
Razarudi dalam pada itu memberi jaminan bahawa PDRM akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan sedang giat mengumpulkan maklumat risikan.
Dalam masa sama, PDRM turut mengumpul bukti secukupnya bagi memastikan kesemua yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.
BACA: Lari Dari Pemeriksaan Polis, Dua Warga Asing Ditahan
https://www.facebook.com/100064506887551/posts/839288914897997/?rdid=WrAkGZgRek1Yuzgz