Siakap Keli
RON95 bercampur RON97
Kredit: Bernama & X/Aid Fawzal

Apa Akan Jadi Kalau RON95 Bercampur Dengan RON97? Ini Penjelasan Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apa Akan Jadi Kalau RON95 Bercampur Dengan RON97? Ini Penjelasan Pakar

Di Malaysia, kebanyakan stesen minyak tampil dengan dua variasi gred minyak petrol untuk kenderaan ringan iaitu RON95 dan RON97.

Secara lazimnya, kedua-dua jenis minyak ini memiliki perbezaan dari segi warna dan kandungannya yang mempengaruhi kadar pembakaran bahan api di dalam enjin kenderaan anda.

Akan tetapi, ada juga yang tertanya apa yang akan jadi jika kita mencampurkan kedua jenis gred minyak dalam satu tangki yang sama.

Apa yang akan jadi kalau kita campur RON95 dengan RON97?

Hal ini turut menjadi persoalan dalam kalangan pengguna laman X (Twitter) baru-baru ini. Adakah kandungan minyak akan berubah dan jika ia berubah, kandungan minyak tersebut baik untuk kereta atau sebaliknya?

Bagi menjawab persoalan itu, pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Automotif iaitu Dr Aid Fawzal telah menjelaskan perkara tersebut menerusi penulisannya di laman X.

Jurutera simulasi, pakar aliran bendalir dan pemindahan haba (fluid dynamics & heat transfer) itu juga berkata bahawa perkara tersebut bukanlah satu masalah.

Masalah yang timbul hanyalah kos, yang mana pembelian RON97 tidak mendapat subsidi daripada kerajaan. Jika anda ingin menukar bahan api anda dari RON95 kepada RON 97, kos bahan api bagi kenderaan anda akan mengalami peningkatan.

Berkaitan dengan kandungan pula, jika kedua-dua gred bahan api bergabung, campuran tersebut akan menghasilkan nilai RON yang baharu.

“Kalau RON95 dah ada dalam tangki dan  kita isi RON97 pula, boleh gunakan formula yang saya sediakan ni untuk kiraan berapa nilai RON terbaru,” jelasnya.

ron95 ron97 campur
Kredit: X/Aid Fawzal

“Dalam contoh gambar tu, katakanlah dalam tangki berbaki 20 peratus RON95. Kita pergi tambah RON97 selebihnya. Campuran minyak tadi bukan lagi RON97 tapi RON96.6,” jelasnya.

Sungguhpun begitu, Dr. Aid Fawzal menasihatkan orang ramai untuk menyemak gred minyak yang diperlukan oleh kenderaan masing-masing.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui gred bahan api yang optimum untuk kenderaan, anda boleh menyemaknya pada buku manual kereta anda.

Anda juga boleh merujuk pada tulisan yang tertera pada tempat penutup tangki minyak pada kenderaan anda.

BACA: Betul Ke Isi Minyak “Full Tank” Merugikan? Ini Penjelasan Pakar

Sumber: Aid Fawzal via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma