Siakap Keli
pesawat ringan terhempas
Gambar Via Bernama

Pesawat Ringan Terhempas Di Sungkai, Dua Mangsa Selamat

Pesawat Ringan Terhempas Di Sungkai, Dua Mangsa Selamat

IPOH, 4 Mei (Bernama) — Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ya, pesawat latihan, penumpang terlibat selamat.

“Kejadian berlaku pada 9.55 pagi dengan dua mangsa terlibat iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River,” katanya.

Beliau berkata setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan.

Terdahulu video kejadian tersebut tular di aplikasi WhatsApp.

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story