Siakap Keli
remaja pengutip sampah
Sumber: WAN via TikTok

Kisah Inspirasi Remaja Banting Tulang Cari Rezeki Sebagai Pekerja Pembersihan

Kisah Inspirasi Remaja Banting Tulang Cari Rezeki Sebagai Pekerja Pembersihan

Dalam dunia yang penuh tekanan dan persaingan sengit untuk mendapatkan pekerjaan, tidak dinafikan ramai individu yang terkesan dan berhadapan kesukaran menjalani kehidupan seharian.

Kebanyakan terpaksa berhempas pulas mencari pekerjaan demi kelangsungan hidup, tetapi masih hanyut dalam kehidupan yang tidak menentu.

Mungkin itulah sebabnya, semakin ramai yang percaya bahawa pada zaman ini, kita tidak harus terlalu memilih pekerjaan.

Apa sahaja kerja yang kita lakukan, asalkan mendatangkan hasil rezeki yang halal, maka itulah yang patut kita syukuri.

Salah satu kisah yang mengharukan dan penuh inspirasi datangnya daripada seorang remaja yang memilih untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Kisahnya menjadi viral di media sosial, bukan sahaja kerana dia berkongsi rutin kerjanya, tetapi juga kerana dia membantu menyebarkan semangat dan inspirasi kepada orang ramai.

@_garbageman

semangat ya kawan ii 💪🏻🥰 #fypシ゚viral

♬ suara asli – Elga bird farm – Elga bird farm

Dalam salah satu video yang dikongsikan melalui TikTok peribadinya (@_garbageman), terlihat remaja itu bersama beberapa rakan sekerjanya menjalankan tugas pembersihan dan mengutip sampah di sebuah lokasi.

Walaupun kerja itu jelas memenatkan, mereka tetap melakukannya dengan penuh dedikasi.

Video berdurasi pendek dengan tulisan “penat, tapi semua ni demi negara” mendapat perhatian warga maya. Ia menggambarkan semangat tinggi dan rasa tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar dan masyarakat.

BACA: Penunggang Motosikal Maut Bergesel Dengan Lori, Tercampak Atas Penghadang Besi

Tidak hairanlah, kisahnya menjadi tumpuan di media sosial. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan penghargaan dan sokongan terhadap apa yang remaja dan rakan sekerjanya lakukan.

“Kerja paling mulia, rendah di mata manusia, insya-Allah tinggi di sisi Allah,”

“Terbaik abang. Saya mewakili semua rakyat Malaysia berterima kasih sangat-sangat pada abang,”

“Korang hebat. Tak semua sanggup kerja mcm korang. Terima kasih kerana berkorban untuk kebersihan kami. Moga menjadi asbab Allah memberkati hidup korang,”

“Terima kasih atas jasa dan bakti kalian semua. Semoga Allah kurniakan kalian semua kesihatan yang baik dan rezeki tanpa putusnya. #therealheromalaysia”

Semoga kisah ini tidak hanya menjadi kisah yang menyentuh hati, malah membuka mata kita semua untuk lebih menghargai setiap pekerjaan walau sekecil mana pun dan sentiasa berbuat baik.

Buat wira-wira di sebalik tabir, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan.

BACA JUGA: Malaysia Dilanda ‘Demam’ Badminton, Ketahui Sejarah Piala Thomas & Piala Uber

Sumber: WAN via TikTok

Sharifah Hannah Adibah