Siakap Keli
lelaki paling berat jason holton
Sumber: The Independent

Lelaki Paling Berat Di Britain, Jason Holton Meninggal Dunia

Lelaki Paling Berat Di Britain, Jason Holton Meninggal Dunia

Jason Holton, dipercayai sebagai salah seorang “lelaki paling berat” Britain, meninggal dunia akibat obesiti dan kegagalan fungsi organ.

Difahamkan, beliau menghembuskan nafas terakhir hanya seminggu sebelum hari lahirnya yang ke-34, kata keluarganya.

Satu video menunjukkan Jason diangkut menggunakan jentera dari kediamannya sebelum dimasukkan dalam ambulans khas dikongsikan menerusi laman X, @Morbidful.

Berdasarkan video itu, kelihatan Jason diangkut menggunakan jentera sebelum diangkat oleh beberapa orang bomba ke dalam ambulans.

The Independent menjelaskan Jason meninggal pada Sabtu lalu di Surrey setelah upaya doktor untuk mengatasi kegagalan organnya tidak berhasil. Berat Jason dianggarkan kira-kira 317kg pada masa kematiannya.

Menurut ibu Jason, enam anggota bomba terpaksa mengangkat Jason ke Hospital Daerah Diraja Surrey setelah dia diangkut menggunakan ambulans, lapor media tempatan.

Tambah ibunya, buah pinggang Jason adalah organ pertama yang gagal berfungsi, dan doktor meramalkan bahwa dia akan meninggal dalam masa seminggu.

“Jason tidak lama kemudian mula menuruni bukit.

“Dia mungkin mempunyai kira-kira ‘lapan nyawa’ dan saya fikir doktor akan dapat menyelamatkannya semula, tetapi malangnya ia mustahil,” kata ibu Jason.

Menurut The Independent, Jason dilaporkan mulai makan secara berlebihan saat remaja setelah kematian ayahnya apabila mengkonsumsi sekitar 10,000 kalori sehari.

Jason juga dilaporkan pernah mengalami beberapa serangan strok dan darah beku sebelum kematiannya.

Tambah portal itu, Jason tinggal di kediaman yang disesuaikan khusus untuknya dengan kemudahan yang dibina khas untuk keselesaannya.

Bagaimanapun, pada akhir hidupnya, Jason tidak boleh bergerak bebas dan mengalami kesukaran bernafas.

Laporan coroner menyatakan bahawa Jason meninggal kerana obesiti dan kegagalan fungsi organ.

BACA: Tragedi Kepala Air Loji Air Sungai Dara: Dua Lelaki Berjaya Diselamatkan

Sumber: The Independent, Morbid Knowledge

Sharifah Hannah Adibah