Siakap Keli
simbah asid faisal halim
Sumber: Sinar Harian

Seorang Lelaki Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Simbah Asid Faisal Halim

Seorang Lelaki Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Simbah Asid Faisal Halim

Seorang lelaki ditahan polis pada Ahad bagi siasatan berhubung kejadian simbah asid yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya berdekatan Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek telah diberkas di Pandan Indah, Ampang.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif kejadian.

“Setakat ini pihak polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurut beliau, polis turut memanggil beberapa saksi bebas pada hari yang sama untuk membantu dalam siasatan.

Difahamkan, dalam kejadian pada Ahad, pemain Selangor FC itu dihampiri oleh dua individu yang menunggang motosikal sebelum mereka menyimbah asid kepadanya.

Faisal kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaannya dilaporkan stabil.

Susulan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

BACA: TH Sekali Lagi Dibenar Buka Pusat Rawatan Madinah Untuk Kemudahan Jemaah

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah