Siakap Keli
wanita lahirkan anak dalam kereta
Gambar: X @mira

Tak Sempat Ke Hospital, Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Dalam Kereta

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak Sempat Ke Hospital, Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Dalam Kereta

Setiap wanita yang bergelar ibu pastinya mempunyai pengalaman sewaktu melahirkan anak masing-masing.

Ia adalah pengalaman mahal yang hanya mampu ditempuhi oleh golongan Hawa meskipun terpaksa berjuang antara hidup dan mati bagi mengeluarkan permata yang dikandung selama sembilan bulan.

Bagaimanapun, detik-detik sebelum melahirkan anak adalah saat genting kerana para wanita perlu bergegas ke hospital mendapatkan bantuan daripada pakar untuk menyambut anak mereka.

Tetapi, berbeza pula dengan seorang wanita ini, Nurul Amira Jeffri yang dikenali sebagai Mira yang melahirkan anak di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Berkongsikan pengalamannya, Mira berkata ia adalah satu pengalaman yang akan kekal tersemat dalam ingatannya lebih-lebih lagi suaminya, Muhamad Fauzi Azmi sendiri yang menjadi bidan terjun menyambut cahaya mata mereka.

“Semuanya bermula dengan contraction yang kerap sekitar 3 hingga 4 pagi (3 Mei, Jumaat) di rumah saya. Sekitar jam 4.30 pagi, saya kejutkan suami untuk bawa saya ke hospital kerajaan yang mana sepatutnya mngambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit untuk sampai.

“Dalam perjalanan dari rumah ke lif air ketuban saya dah pecah an saya tak dapat nak gerak disebabkan contraction yang sangat kuat dengan saya terus rasa nak terberak,” kongsinya kepada SK sewaktu dihubungi.

Menurutnya, situasi itu membuatkan suaminya berasa panik kerana dia tidak boleh membuat keputusan yang wajar.

BACA: Faisal Halim Disimbah Asid, Alami Kecederaan

“Suami panik dan tak dapat nak dukung atau pegang sebab dialah nak kena tahan lif, nak tak nak saya kena perlahan-lahan masuk ke lif.

“Masuk je dalam lif dari tingkat 28 ke tingkat 5A, saya dah start teran sampai kepala bayi dah keluar.  Suami bertanyakan kepada saya untuk bertahan dan jangan push habis sebab takut jatuh ke lantai.

“Saya terpaksa kepit dalam keadaan tahan sakit, dan perlahan-lahan masuk dalam kereta.

“Sekali sampai kereta, saya terus teran sekuat hati dan suami saya sambut bayi tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, dalam keadaan suasana huru-hara sekitar 20 minit itu, suami isteri tersebut berjaya mengharungi pengalaman yang cukup bermakna itu.

Difahamkan, bayi itu selamat dilahirkan pada jam 4.50 pagi, 3 Mei 2024 hari Jumaat.

Tambahan lagi, anaknya berada dalam keadaan baik dan mereka mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital persendirian yang terletak bersebelahan dengan rumahnya di Tebrau.

Sumber: X @mira

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?