Siakap Keli
Tragedi Kepala Air Loji Air Sungai Dara
Sumber: Sinar Harian

Tragedi Kepala Air Loji Air Sungai Dara: Dua Lelaki Berjaya Diselamatkan

Tragedi Kepala Air Loji Air Sungai Dara: Dua Lelaki Berjaya Diselamatkan

Dua lelaki berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat setelah hampir lima jam terperangkap dalam insiden kepala air berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Dara di Behrang.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian itu pada jam 8.51 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia 31 dan 40 tahun datang ke kawasan tersebut sekitar jam 2 petang.

Difahamkan, mereka sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan tersebut sebelum menyedari kejadian kepala air.

Menurut beliau, semasa mangsa menghubungi bomba, paras air masih sangat deras dan tidak selamat untuk menyeberang.

“Keadaan itu mengakibatkan mangsa terperangkap di seberang sungai.

“Anggota melakukan kerja penyelamatan menggunakan tali. Kedua-duanya selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada keluarga masing-masing setelah penyelamatan berjaya.

“Operasi menyelamat tamat pada jam 10.05 malam,” katanya.

BACA: Seorang Lelaki Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Simbah Asid Faisal Halim

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah