Siakap Keli
lelaki tutup jalan berlubang
Sumber: _aisar77 via TikTok

Tutup Jalan Berlubang Dengan Tar, Lelaki Ini Tuai Pujian

Tutup Jalan Berlubang Dengan Tar, Lelaki Ini Tuai Pujian

Tidak dinafikan, keadaan jalan berlubang merupakan masalah ‘biasa’ yang dihadapi masyarakat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

Kebiasaannya, kampung dan kawasan perindustrian sering menjadi tempat di mana masalah ini kerap terjadi.

Cuaca ekstrem, lalu lintas yang sesak, kurang penyelenggaraan atau penggunaan bahan binaan yang tidak sesuai boleh menjadi punca utama jalan berlubang.

Apa pun itu puncanya, keadaan ini jelas bukan sahaja mengganggu keselesaan pemanduan, malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya kerana boleh mengakibatkan kemalangan.

Seorang lelaki mencuri perhatian dan meraih pujian daripada orang ramai atas tindakan peribadinya menangani masalah jalan berlubang di sebuah kawasan.

@_aisar77

Rakyat tolong rakyat? #fyp #rakyatmalaysia

♬ original sound – ايسر – ايسر

Berdasarkan video yang dikongsikan menerusi laman TikTok @_aisar77, video tersebut jelas memaparkan seorang lelaki sedang menutup lubang jalan dengan menggunakan tar.

Di bawah terik matahari dan cuaca panas, lelaki itu menampal jalan yang berlubang dengan menabur seguni tar, lalu dia menginjak tar itu untuk meratakannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan respon yang positif sebagai tanda penghargaan terhadap tindakan baik lelaki tersebut.

Warga maya sedar bahawa tindakan itu dianggap penting bagi mengelak insiden yang tidak diingini daripada berlaku.

Selain itu, warga maya turut mengucapkan terima kasih dan mendoakan yang terbaik buat lelaki berkenaan.

“Selagi mana orang lalu situ, maka pahala sentiasa mengalir untuk dia,”

“Besar pahala dia, semoga Allah saja balas kebaikan dia,”

“Bagus abang tu dia cari pahala yg berpanjangan. Semoga diberikan rezeki yang melimpah ruah. insyaAllah, amin,”

BACA: Lelaki Paling Berat Di Britain, Jason Holton Meninggal Dunia

Sumber: @_aisar77 via TikTok

Sharifah Hannah Adibah