Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

86 Peratus Rakyat Malaysia Pilih Kerja Masuk Pejabat 3 Hari Seminggu

86 Peratus Rakyat Malaysia Pilih Kerja Masuk Pejabat 3 Hari Seminggu

Satu tinjaun menerusi Work Monitor 2024 yang dibuat oleh Ranstad Malaysia baru-baru ini mendapati 86 peratus rakyat Malaysia memilih untuk bekerja masuk ke pejabat 3 hari seminggu.

Walaupun penawaran kerja jarak jauh (remote working) meningkat, namun mereka bersedia untuk memilih pilihan berkenaan sekiranya ditawarkan.

Bagaimanapun, Work Monitor berkata situasinya sedikit berbeza daripada perspektif majikan.

Menurut tinjaun itu lagi, berbanding enam bulan lepas, 52 peratus rakyat Malaysia mendapati majikan mereka mengkehendaki mereka berada lebih lama di pejabat, iaitu 17 peratus lebih tinggi daripada purata global.

Setiap satu daripada dua responden juga mendedahkan bahawa majikan mereka memperkenalkan polisi wajib bekerja lima hari seminggu di pejabat.

Keadaan itu menunjukkan walaupun bakat Malaysia mengharapkan sistem kerja yang lebih fleksibel, namun realiti sebenarnya adalah berbeza.

86 peratus rakyat Malaysia pilih kerja masuk perjabat 3 hari seminggu

Dalam pada itu, tinjauan berkenaan juga mendapati 2 daripada 5 rakyat Malaysia juga bersedia untuk berhenti jika dikehendaki bekerja lebih lama di pejabat.

“Trend ini sangat kuat, lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi lebih muda, iaitu hampir separuh Gen Z (49 peratus) dan milenial (47 peratus) menolak pengaturan kerja yang tidak fleksibel,” kata kajian itu lagi.

Semasa pandemik berlangsung, ramai rakyat Malaysia mendapati mereka dapat berkerja di tahap yang sama, atau lebih baik, daripada rumah.

Situasi kemudian telah mengubah persepsi mereka tentang sistem bekerja di pejabat serta menjadikan keperluan untuk bergerak jauh atau menanggung sewa yang mahal semakin kurang menarik.

“Hasilnya, pencari kerja menjadi semakin vokal dengan jangkaan mereka, malah ada yang sanggup menolak tawaran kerja bergaji lumayan kerana perlu masuk ke pejabat setiap hari,” kata kajian itu lagi.

Tambah kajian, aturcara kerja yang fleksibel bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja tetapi turut memberikan kelebihan yang signifikan kepada majikan.

“Dengan menawarkan pilihan berkenaan, sesebuah organisasi boleh mengembangkan kumpulan bakat mereka dengan menyertakan individu seperti orang kelainan upaya atau pengasuh,” menurut kajian itu lagi.

Mengenai kajian

Ranstad adalah sebuah agensi bakat terbesar di dunia. Hasil tinjaun oleh Ranstad ini diperoleh bermula 23 Oktober hingga 11 November 2023.

Ia melibatkan 27,000 responden yang berumur antara 18 hingga 67 tahun terdiri daripada lebih 35 negara termasuk Malaysia.

Sumber: Ranstad Malaysia, Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.