Siakap Keli

Manjakan ‘Eomma’ Bagaikan Permaisuri dengan KyoChon 1991 dan Tuntut Ayam Anda Secara Percuma

Manjakan ‘Eomma’ Bagaikan Permaisuri dengan KyoChon 1991 dan Tuntut Ayam Anda Secara Percuma

9 MAY 2024, Kuala Lumpur – Pada Hari Ibu ini, KyoChon 1991 ingin meraikan kasih sayang yang luar biasa bersama semua ibu dengan promosi eksklusif yang pastinya membangkitkan selera dan menggembirakan hati. 

Dari 10 hingga 12 Mei 2024, pelanggan boleh melayan ‘Eomma’ mereka dengan pengalaman  menjamu selera yang tidak dapat dilupakan bersama KyoChon 1991 – Dengan hanya  memberitahu kod rahsia “Ayam A Hot Eomma” kepada mana-mana kakitangan KyoChon 1991  dan menikmati 4 ketul Honey Garlic Boneless Chicken Bites secara percuma, dengan  perbelanjaan minimum RM70.

eomma kyochon 1991

Tawaran ini sah sama ada makan di restoran atau bawa pulang,  memastikan setiap ‘eomma’ boleh menikmati rasa KyoChon 1991 di rumah mereka sendiri atau  di restoran kami yang selesa. 

eomma kyochon 1991

KyoChon 1991 turut teruja untuk mengumumkan promosi hari ke-14 setiap bulan. Bagi setiap  pembelian 8 ketul Wingettes dan Drummettes, pelanggan boleh menikmati hidangan lengkap  untuk dua orang dengan menambah RM14 untuk mendapatkan 2 nasi putih dengan telur goreng  dan 2 Korean Sparkling Fruit Tea. Promosi luar biasa ini akan hanya boleh didapati pada 14 Mei  2024 dan 14 Jun 2024 dan hanya untuk makan di restoran kami yang terpilih sahaja. 

eomma kyochon 1991

Tambahan pula, KyoChon 1991 menyenaraikan kembali Mocktailnya atas permintaan yang  ramai, di mana harga yang tiada tandingannya iaitu RM12.90 setiap satu. Menu ini direka khas  untuk memenuhi pelbagai cita rasa dan pilihan yang lebih luas. Ramuan menyegarkan ini  memberikan pilihan kepada pelanggan untuk menikmati sesuatu yang lebih premium untuk  digandingkan dengan ayam goreng Korea kegemaran mereka.

Nikmati syurga dengan Mocktails KyoChon 1991 seperti Lychee Lagoon, Passion Cucumber Cooler, Peachy Lemon Tea dan Pink  Passion Sprite, tersedia secara eksklusif untuk makan-makan di restoran terpilih sahaja. 

Jangan lepaskan peluang ini untuk menunjukkan penghargaan anda kepada ibu sambil  menikmati perisa KyoChon 1991 yang menyelerakan. Kunjungi kedai KyoChon 1991 terdekat anda hari ini dan jadikan Hari Ibu ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan! 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kyochon.com.my atau ikuti KyoChon 1991 di media sosial untuk maklumat lanjut. Terma dan syarat dikenakan. 

Nurul Naqiyah