Siakap Keli
saham khas bumiputera 99 speed mart
Gambar: BERNAMA

Tawaran Saham 99 Speed Mart Khas Bumiputera Dibuka, Ini Cara Mohon

Tawaran Saham 99 Speed Mart Khas Untuk Bumiputera Dibuka, Ini Cara Mohon

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklukam tawaran Saham Khas Bumiputera bagi 99 Speed Mart Retail Holding kini telah dibuka.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi kementerian tersebut hari ini.

Menurut hantaran itu, tawaran tersebut dibuka bermula semalam dan akan ditutup pada 18 Mei ini.

Orang ramai yang berhajat untuk memiliki saham tersebut boleh memohon secara atas talian menerusi pautan sahamonline.miti.gov.my.

Tawaran Saham Khas Bumiputera 99 Speed Mart dibuka, cara mohon ada di bawah

Dalam pada itu, MITI mengingatkan pemohon bahawa penghantaran boran secara manual ke Menara MITI tidak lagi ditawarkan.

Menurut maklumat yang dipaparkan di laman web Saham Online MITI, saham khas 99 SpeedMart yang ditawarkan melibatkan jumlah sebanyak 1,050,000,000 unit.

Bagaimanpun, harga tawaran indikatif saham-saham tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Syarat-syarat memohon Saham Khas Bumiputera

Berdasarkan maklumat yang tertera pada bahagian Soalan Lazim, terdapat empat syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon (individu) yang berminat untuk memohon. Syarat-syarat tersebut adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus Bumiputera;
  • Berusia 18 tahun dan ke atas;
  • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai permohonan/langganan saham.

Manakala pelajar sepenuh masa sama ada di sekolah atau IPTA/IPTS/Universiti luar negara adalah tidak layak memohon Saham Khas Bumiputera di bawah peruntukan MITI.

Bagaimanapun, pemohon yang mempunyai pekerjaan tetap dan belajar secara separuh masa adalah layak memohon dengan mengemukakan surat pengesahan dari universiti.

Selain kategori Individu, Saham Khas Bumiputera juga boleh dimohon oleh pihak Syarikat, Koperasi dan Yayayan dengan syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi. Maklumat lanjut syarat-syarat tersebut boleh diakses di https://sahamonline.miti.gov.my/portal/faq.

Berapa unit saham yang boleh di pohon?

Menurut MITI, minima unit saham yang boleh dipohon ialah sebanyak 3,000 unit sahaja, manakala tiada had maksima ditetapkan. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.

Maklumat berkenaan prosedur yang dipenuhi termasuk dokumen-dokumen yang perlu disediakan serta lain-lain perkara boleh diperoleh di laman web Saham Online MITI.

BACA: Suami Bunuh Isteri Bercakap Dalam Tidur, Disangka Curang

Sumber: Saham Online MITI

Athirah

When nothing goes right, go left.