Siakap Keli
Gambar: Bomba

26 Motosikal Musnah Dalam Kebakaran Di Pakir Asrama UniMAP

26 Motosikal Musnah Dalam Kebakaran Di Pakir Asrama UniMAP

KANGAR, 11 Mei (Bernama) — Sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

“Punca kebakaran masih belum diketahui dan masih menunggu laporan pemeriksaan dari Forensik Bomba. Pegawai Penyiasat Jenayah telah melawat tempat kejadian untuk siasatan awal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma’at berkata operasi memadam kebakaran tamat pada 5.52 pagi melibatkan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Arau.

https://www.facebook.com/BombaMalaysiaOfficial/posts/pfbid0253AxNoropgmpx6iunGSmTtX3hcvcD7eZsxHiazpkHMwrLnv91U9WfJQXEo96eXy8l

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: