Siakap Keli
syarat pensijilan halal malaysia
Gambar: BERNAMA

Ini Syarat-syarat Pensijilan Halal Malaysia, No.7 Selalu Terlepas Pandang

Ini Syarat-syarat Pensijilan Halal Malaysia, No.7 Selalu Terlepas Pandang

Sijil Halal merupakan sijil pengesahan atau dokumen rasmi yang menyatakan status halal bagi semua produk atau perkhidmatan, berdasarkan skim Pensijilan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berwibawa.

Ia di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang berfungsi menjelaskan keperluan yang perlu dipatuhi dalam pengurusan skim ini.

Skim Pensijilan Halal Malaysia terbahagi kepada kepada tujuh iaitu, produk makanan atau minuman atau makanan suplemen, premis makanan atau hotel, barang gunaan, kosmetik dan dandanan diri, rumah sembelih, farmaseutikal dan logistik.

Sehubungan itu, peniaga atau syarikat yang mengeluarkan produk perlu mendapatkan sijil Halal ini sebagai bukti bahawa barangan atau produk yang dijual mendapat pengesahan daripada pihak JAKIM.

Pun begitu, terdapat syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon sijil tersebut. Berikut merupakan syarat-syarat permohonan sijil Halal Malaysia.

Syarat-syarat permohonan pensijilan Halal Malaysia

Berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM, Domestik 2020), Syarat- syarat pensijilan halal Malaysia ialah seperti berikut.

Syarat pensijilan halal malaysia
Gambar: BERNAMA

Pertama, pemohon perlu memiliki Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang masih sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Perakuan Pendaftaran Koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau Dokumen Penubuhan di bawah Akta Parlimen atau Kementerian masing-masing dan lain-lain agensi Kerajaan (yang mana berkaitan).

Kedua, pemohon perlu memiliki lesen atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan atau surat sokongan yang masih sah daripada mana-mana agensi Kerajaan.

Ketiga, pemohon juga perlu memiliki Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang masih sah daripada BKKM (jika berkaitan).

Keempat, pemilik juga perlu memiliki Skim Pensijilan Veterinar  atau surat perakuan atau surat sokongan darioada JPV (jika berkaitan).

BACA: Boleh Ke Kalau Ahli Pilih Tak Buat Pindahan Amaun Permulaan? Ini Jawapannya

Kelima, pemohon perlu memilki Lesen Pengilang yang masih sah daripada NPRA (jika berkaitan).

Keenam, pemohon perlu memiliki Lesen Establismen daripada MDA (jika berkaitan).

Gambar: BERNAMA

Ketujuh, perniagaan mestilah beroperasi sepenuhnya sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum permohonan SPHM bagi permohonan baharu.

Kelapan, bagi syarikat yang berpindah lokasi di premis baharu perlu beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

Kesembilan, pemohon juga perlu mengeluar dan mengendalikan produk halal sahaja termasuklah produk dagangan (trading product) serta mematuhi piawaian halal yang ditetapkan.

Kesepuluh, pemohon boleh membuat permohonan SPHM ke atas semua jenis produk atau menu yang dihasilkan di premis berkenaan.

Kesebelas, pemohon perlu mengemukakan sijil halal yang diiktiraf dan masih sah laku bagi permohonan pembungkusan semula produk; atau mengemukakan dokumen sokongan yang jelas menyatakan sumber bahan (bagi bahan semula jadi sahaja).

Dua belas, nama syarikat, produk, menu, ramuan dan jenama produk yang dimohon hendaklah tidak menggunakan pernyataan ‘halal’ atau sebarang representasi atau diperihalkan dengan cara lain yang menunjukkan ia boleh digunakan oleh orang Islam.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Penang Halal International, Portal Halal Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.