Gagal Layak Ke Olimpik 2024, Shin Tae-yong Azam Bawa Indonesia Ke Piala Dunia 2026
Jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong menanam impian untuk mencipta sejarah baru dengan membawa Indonesia layak ke Piala Dunia 2026 selain menjulang trofi Piala AFF.
Lapor Tribunnews, Tae-yong mendedahkan sasaran tersebut selepas pasukannya gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di Paris pada minggu lalu.
“Sasaran kami seterusnya adalah membuat persiapan untuk pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.
“Jadi kami akan cuba melayakkan diri dahulu. Kemudian barulah kami rancang sasaran seterusnya,” kata Tae-yong.
Pada Khamis lalu, anak-anak buah Tae-yong, pasukan Indonesia awah 23 Tahun (B23) tewas 0-1 kepada Guinea dalam playoff Olimpik Paris di INF Clairefontaine, Paris.
Kekalahan itu menyaksikan skuad Garuda terus kemarau 68 tahun bermain di pentas berkenaan.
Kali terakhir pasukan Merah Putih beraksi pada kejohanan empat tahun sekali itu adalah pada Sukan Olimpik di Melbourne 1956.

Bagaimanapun, dia berkata kegagalan melayakkan ke pentas itu sudah tentu merugikan namun pasukannya harus bangkit daripada kesedihan ini dan terus fokus pada sasaran seterusnya.
Pasukan Kebangsaan Indonesia dijadualkan menentang Iraq dan Filipina di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Jakarta pada 6 dan 11 Jun 2024 dalam perlawanan Kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026.
BACA: Boleh Ke Ahli Pilih Tak Buat Pindahan Amaun Permulaan? Ini Jawapannya
Sekiranya berjaya mara ke pusingan ketiga, Tae-yong akan berjaya mencipta sejarah baharu dengan pencapaian terbaik pasukan itu adalah mara sehingga ke pusingan kedua.
Indonesia Kempunan “Tiket” Olimpik
Sebelum ini, skuad Indonesia B23 gagal menempah tiket ke Olimpik Paris 2024 selepas tewas ditangan Guinea.
Bermain di Stadium Stade Pierre-Pibarot, Tae Yong menurunkan kesebelasan terbaik skuad Indonesia menentang Guinea dengan beberapa perubahan dilakukan dalam misi melayakkan diri untuk slot Olimpik Paris 2024.
Gol tunggal Guinea hadir menerusi sepakan penalti Ilaix Moriba selepas kesilapan Witan mengasari Algassima Bah di dalam kotak penalti membawa padah.
Secara tidak langsung gol tersebut sudah cukup mengesahkan kemenangan pasukannya sekaligus membawa Guinea untuk layak secara merit ke Olimpik Paris 2024.
Sumber: Tribunnews