Siakap Keli
banjir kilat sumatera barat
Kredit Gambar: Antara

Banjir Kilat Landa Sumatera Barat, 50 Orang Terkorban 

Banjir Kilat Landa Sumatera Barat, 50 Orang Terkorban 

Seramai 50 orang dilaporkan terkorban dan 37 cedera dalam kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Sumatera Barat, lapor CNN Indonesia.

Banjir yang berlaku sejak Sabtu itu juga menyaksikan seramai 27 orang masih hilang.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah dua orang di Kota Padang Panjang, 20 orang di Kabupaten Agam, 19 orang di Kabupaten Tanah Datar, seorang di Kota Padang dan lapan orang di Padang Pariaman.

Banjir kilat Sumatera Barat

Manakala, Ketua Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Lt Jen TNI Suharyanto, berkata terdapat 3,396 penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Kredit Gambar: Antara

Menurutnya lagi, pihaknya ketika ini masih berusaha untuk membawa masuk peralatan berat bagi memudahkan proses pencarian dan pemindahan mangsa.

“Bagi membantu mencari (mangsa) yang masih hilang, alat berat itu perlu masuk secepat mungkin kerana Basarnas mempunyai masa emas 6×24 jam, kita akan terus berusaha mencari sehingga menemui mereka. Jika ada ahli keluarga atau waris yang minta terus cari, kita kena cari,” katanya.

BACA: 22 Maut, 7 Cedera, 2 Hilang Selepas Banjir Landa Sumatera Barat

Pihaknya juga terus berusaha untuk memenuhi keperluan asas ribuan penduduk terjejas yang kini terpaksa melarikan diri.

Suharyanto juga berkata penghantaran bantuan logistik masih dijalankan setakat hari Isnin. Walaupun masih terdapat tempat dan laluan yang masih ditutup dan terpencil, perancangannya adalah untuk menghantar bantuan menggunakan laluan udara atau darat menggunakan jambatan kecemasan.

Kredit Gambar: Antara

“Kami bersetuju dan memberi jaminan bahawa keperluan asas masyarakat terjejas benar-benar perlu dipenuhi dengan sewajarnya apabila mereka menjadi mangsa, cedera atau mereka yang kini dipindahkan.

“Kami memastikan akan memberikan bantuan awal, baik dalam bentuk dana dan keperluan harian,” katanya lagi.

Terdahulu, banjir kilat dan aliran lahar sejuk itu dilaporkan berpunca  dari Gunung Marapi. Ia melanda beberapa kawasan di daerah Agam, Tanah Datar dan Padang Panjang.

Ketiga-tiga kawasan terbabit terletak di kaki Gunung Marapi dan Gunung Singgalang.

Selain nyawa penduduk terkorban, kejadian itu menyebabkan kerosakan empangan, jalan raya, saliran air, tanah pertanian dan infrastruktur awam.

Di media sosial, tular beberapa video yang memaparkan keadaan lahar sejuk yang mengalir dari gunung berapi itu di kawasan rumah penduduk.

Sumber: CNN Indonesia (1) (2)

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.