Siakap Keli
jiran baik hati
Sumber: fitramlan via TikTok

Tahu Orang Melayu Suka Buat Sambal, Jiran Cina Baik Hati Tanamkan Pokok Limau

Tahu Orang Melayu Suka Buat Sambal, Jiran Cina Baik Hati Tanamkan Pokok Limau

Ada pepatah mengatakan rezeki datang dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya dalam bentuk wang atau harta benda semata-mata.

Namun siapa sangka, mempunyai jiran yang baik hati juga merupakan satu bentuk rezeki yang patut disyukuri.

Tidak dinafikan bahawa apabila kita dalam kesusahan, jiranlah yang menjadi sumber sokongan terdekat.

Walaupun mereka mungkin bukan ahli keluarga dengan pertalian darah, tetapi kehadiran mereka memberi makna yang mendalam dalam kehidupan kita.

Rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @fitramlan, menarik perhatian warga maya apabila memperlihatkan keakraban jiran tetangga yang berbeza latar belakang.

@fitramlan

Masalahnya kitonya tangan panas 🤣

♬ original sound – lem@u – lem@u

Berdasarkan video itu, terlihat seorang wanita Melayu yang baru tiba di hadapan pagar rumahnya merakam adegan seorang lelaki Cina yang dipercayai jirannya menanam pokok limau di halaman rumah.

Menurut wanita tersebut, ini bukanlah kali pertama jiran mereka itu melakukan tindakan yang sama.

Lebih menarik lagi, lelaki Cina yang mesra disapa sebagai “Mr. Lim” menanam pokok tersebut untuk kegunaan jiran Melayunya yang suka menggunakan limau dalam masakan, terutamanya untuk membuat sambal.

Semangat satu Malaysia dalam jiwa rakyat masih utuh hingga kini

Menjengah ke ruangan komen video yang mencecah hampir 40 ribu jumlah tontonan itu, rata-rata warga maya juga berkongsi pengalaman serupa hidup berjiran dengan pelbagai bangsa.

“Jiran Cina belakang rumah saya macam ni juga. Dia tanam serai, cili, kunyit, halia, pokok kari dan pokok limau di belakang rumah. Kami bertukar kunci pagar belakang rumah, boleh ambil bila-bila masa,”

“Jiran saya Indian. Saya baru tanya dia pasal pani puri tapi dia terus belikan untuk saya. Jiran yang sangat baik hati,”

“Uncle sebelah rumah dah jadi atuk untuk anak-anak saya. Dia yang ambil dan hantar anak saya sekolah,”

Video ini membuka mata kita bahawa adalah penting untuk mengekalkan hubungan baik dengan jiran.

Ia bukan sahaja untuk kehidupan yang aman, tetapi juga untuk membentuk ‘keluarga kecil’ di kawasan kejiranan yang harmoni.

Bukan itu sahaja, video ini turut menggambarkan betapa teguhnya semangat satu Malaysia dalam diri rakyat kita.

Dalam hiruk-pikuk kehidupan, kita masih boleh hidup dengan aman dan damai di bawah satu bumbung, iaitu negara Malaysia.

BACA: Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Tujuh Kawasan Lembah Klang 5-7 Jun

Sumber: fitramlan via TikTok

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.