Running Man Akhirnya Dapat Ahli Baharu Ganti So-Min
Running Man merupakan sebuah rancangan aneka ragam asal Korea Selatan yang sangat terkenal di serata dunia. Peminat rancangan ini boleh ditemui dimana-mana sahaja, lebih-lebih lagi ketika di zaman keemasannya.
Bagaimanapun, populariti rancangan tersebut semakin menyusut terutamanya selepas beberapa tonggak utama mengambil keputusan untuk mengundur diri.
Antara kehilangan yang paling memberi kesan kepada rating rancangan berkenaan tentunya pemergiaan Lee Kwang Soo dan Jeon So-Min.
Walaupun begitu, peminat tegar Running Man tetap ada dan mereka sentiasa ternanti-nantikan episod baharu rancangan tersebut ke udara.
Dalam perkembangan terkini, portal berita Korea Selatan melaporkan rancangan tersebut akan disertai oleh ahli baharu, Kang Hoon yang bertindak sebagai ahli sementara.
Running Man tambah ahli baharu, buat kemunculan pertama 25 Mei ini
Perkara itu disedari selepas pasukan produksi rancangan tersebut memuat naik satu gambar ahli semasa Running Man bersama pelakon berkenaan.
Menurut Soompi, keberadaan Kang Hoon bersama anggota-anggota yang lain adalah untuk menjalani penggambaran rancangan berkenaan.
Sebelum ini, Kang Hoon sudah muncul dalam rancangan Running Man. sebanyak enam kali dan penampilannya berjaya mencipta impak serta dikagumi oleh pasukan rancangan tersebut.
Bukan itu sahaja, persaingan antara pelakon itu dengan Kim Jong Kook juga mampu menghiburkan para penonton.
Untuk pengetahuan anda, Kang Hoon akan membuat penampilan pertamanya sebagai ahli sementara dalam rancangan Running Man pada 26 Mei ini.
Ahli asal hanya tinggal enam orang sahaja
Setelah So-Min keluar daripada rancangan tersebut, ahli tetap Running Man kini hanya tinggal enam orang sahaja.
Mereka terdiri daripada Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, HaHa, Ji Suk Jin dan Yang Se Chan.
Menurut portal Soompi lagi, kesemua ahli telah melakukan perbincangan dan ingin mencuba sistem ahli sementara bagi menggantikan So Min.
Mereka berpendapat, penambahan ahli baharu secara sementara adalah lebih baik dan dapat mengurangkan tekanan yang perlu ditanggung oleh kedua-dua belah pihak.
Hasil daripada perbincangan tersebut, mereka kemudian menjemput Kang Hoon untuk muncul sebagai ahli baharu berstatus sementara.
BACA: Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico Ditembak
Sumber: Soompi