Imam Meninggal Dunia, Ditikam Ketika Ambil Wuduk Mahu Solat Subuh
Seorang iman dilapor meninggal dunia selepas ditikam seorang individu yang tidak dikenali ketika mengambil wuduk bagi menunaikan Solat Subuh.
Menurut Suara.com, kejadian berkenaan berlaku di sebuah surau di Uswatun Hasanah, Kebon Jeruk, Jakarta Barat pada Khamis.
Kejadian berkenaan dikatakan berlaku dengan sangat pantas sehingga tidak disedari oleh jemaah lain. Bagaimanapun, tragedi berkenaan berjaya dirakam melalui kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di surau itu.
Menerusi video berkenaan yang tular di media sosial, seorang pemuda dilihat tergesa-gesa meninggalkan lokasi kejadian selepas menikam imam berkenaan.
Imam meninggal dunia, ditikam ketika ambil wuduk mahu solat subuh
Seorang saksi yang berada di surau berkenaan memberitahu dia mendengar jeritan mangsa ketika sedang mendirikan solat sunat dua rakaat di dalam surau.
“Ketika itu saya sedang mendirikan solat sunat dua rakaat. Kemudian terdengar suara ustaz (mangsa) menjerit ”pencuri…pencuri…
“Kemudian, jemaah yang ada bergegas turun dan menemui mangsa sudah berdarah-darah,” kata saksi berkenaan.
Menurut saksi itu, mangsa dipercayai ditikam pada bahagian pinggul kanan.
Sementara itu, Kapolsek Kebon Jeruk, Kompol Sutrisno mengesahkan kejadian berkenaan berlaku ketika mangsa sedang mengambil wuduk sebelum mendirikan solat subuh.
Selepas ditikam, mangsa sempat dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan. Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia.
“Suspek terus melarikan diri daripada lokasi kejadian. Mangsa sempat dikejarkan ke Rumah Sakit (RS) Graha Kedoya, namun meninggal dunia ketika sedang dirawat oleh doktor,” kata Sutrisno.
Dalam pada itu, Sutrisno memberitahu pihaknya mendapat kerjasama daripada Polis Jakarta Barat dan Polis Metro Jaya dalam usaha memburu suspek setakat ini.
Katanya lagi, keterangan beberapa orang saksi sudah pun diambil dan pihaknya kini juga sedang melakukan penelitian ke atas rakaman CCTV yang menjadi tular bagi mengumpul bukti.
BACA: Bekas Pengacara Top Gear, Jeremy Clarkson Dinobat Lelaki UK Paling “Seksi” 2024
BACA: Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada April