Siakap Keli
Zus coffee menyokong palestin

Kami Berdiri Teguh Menentang Genosid, Menyokong Perjuangan Untuk Kebebasan Palestin – Zus Coffee

Kami Berdiri Teguh Menentang Genosid, Menyokong Perjuangan Untuk Kebebasan Palestin – Zus Coffee

Jenama kedai kopi tempatan, Zus Coffee hari ini mengeluarkan satu kenyataan berkenaan pendirian mereka terhadap genosid yang berlaku di Palestin ketika ini.

Zus Coffee dalam satu hantaran di laman Facebook, mengakui bahawa kenyataan mereka sebelum ini tidak cukup jelas dalam menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan genosid di Palestin.

“Kami mengakui bahawa kenyataan kami sebelum ini tidak cukup jelas dalam menyatakan pendirian kami terhadap tindakan genosid di Palestin.

“Zus Coffee berdiri teguh menentang genosid, menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin. Selaras dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kami menegaskan kembali komitmen kami terhadap prinsip-prinsip ini,” katanya lagi.

Mereka juga berjnaji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan. Memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai-nilai mereka sebagai jenama tempatan Malaysia.

Zus Coffe juga mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan sokongan orang ramai dalam perjalanan mereka untk terus berkembang dan belajar bersama pelanggan.

Semalam, Zus Coffee juga telah membuat satu kenyataan berkenaan keterlibatan mereka dalam satu acara fesyen sukan yang dianjurkan sebuah jenama sukan terkenal baru-baru ini.

Keterlibatan Zus Coffee dalam acara itu mendapat pandangan negatif dari netizen di media sosial. Zus Coffee menjelaskan ia hanya aktiviti one-off sahaja.

Zus Coffe adalah sebuah jenama kedai kopi tempatan yang mula beroperasi pada penghujung 2019. Cawangan pertama mereka terletak di Binjai, Kuala Lumpur.

Kini mereka sudah berkembang dan memiliki lebih 300 cawangan di seluruh negara.

https://www.facebook.com/ZUSCoffeeMY/posts/pfbid02aNzoY6ejALRwx3A9AE2YjcDuZqNnL5emaU56831SDRUsGxsZJrgYUzzQmEYSxojTl

Sumber: Zus Coffee

BACA: Dua Anggota Polis Maut Dalam Insiden Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.