Siakap Keli
tips lulus ujian psikometrik
Sumber: Empire Kerjaya

Rahsia Lulus Ujian Psikometrik: 4 Tips Penting Yang Calon Wajib Tahu

Rahsia Lulus Ujian Psikometrik: 4 Tips Penting Yang Calon Wajib Tahu

Bagi mereka yang pernah memohon kerja atau sedang dalam fasa membina kerjaya, ‘ujian psikometrik’ bukanlah sesuatu yang kedengaran asing.

Ramai yang beranggapan bahawa ujian psikometrik adalah mudah kerana calon hanya perlu memilih jawapan. Namun realitinya, setiap pilihan yang dipilih mencerminkan banyak perkara penting mengenai diri calon.

Ujian psikometrik bukan sekadar menguji pengetahuan asas calon, tetapi ia juga menggali lebih dalam untuk menilai keperibadian, kecenderungan mental dan kebolehan kognitif calon.

Dalam erti kata lain, pilihan yang dibuat memberikan pandangan yang mendalam kepada bakal majikan mengenai bagaimana calon berfikir, membuat keputusan dan bertindak dalam pelbagai situasi.

Jangan pandang sebelah mata, setiap calon yang diberikan peluang menjalani ujian psikometrik hendaklah bersedia agar dapat membuat pilihan yang lebih bijak dan tepat.

Justeru itu, SK hari ini ingin kongsikan empat perkara yang boleh dilakukan oleh calon yang bakal menjalani ujian psikometrik untuk membantu calon mempersiapkan diri dengan lebih baik.

Anda calon ujian psikometrik Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29? Perkongsian ini khas buat anda.

@empire.kerjaya

Teras ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29 #ujianpsikometrikspa #ujianpsikometrik2024 #ujianpsikometrikpenolongpegawaipendaftarankp29 #penolongpegawaipendaftarankp29

♬ original sound – Empire Kerjaya – Empire Kerjaya

4 Tips Lulus Ujian Psikometrik

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Empire Kerjaya menerusi laman TikTok, terdapat empat perkara yang perlu calon lakukan sebagai persiapan menjalani ujian psikometrik.

Pertama, calon perlu memahami skop tugas seorang Penolong Pegawai Pendaftaran.

Semua ujian psikometrik di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merangkumi lima teras, iaitu disiplin, komunikasi, kerjasama, emosi dan kepimpinan.

Calon sebenarnya perlu meletakkan fokus kepada teras yang berbeza mengikut deskripsi kerja atau job description (JD) bagi setiap jawatan yang ditawarkan. Ini kerana setiap jawatan merangkumi teras yang berbeza.

Bagi jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran, misalnya, calon perlu fokus kepada tiga teras, iaitu kerjasama, emosi dan komunikasi.

Apabila calon ingin menjawab kepada soalan yang berkaitan dengan tiga teras demikian, maka calon perlu memberikan jawapan yang positif ataupun ‘sangat setuju’.

Sebaliknya, apabila menjawab kepada soalan yang berkaitan dengan teras disiplin dan kepimpinan, calon perlu memberikan jawapan yang menentang kepada pernyataan yang diberikan ataupun ‘sangat tidak setuju’.

Kedua, calon perlu belajar untuk menjadi seorang yang jujur kerana calon perlu meletakkan fokus kepada tiga teras yang dibincangkan tadi.

Ketiga, calon perlu konsisten memberikan jawapan kerana dalam ujian psikometrik, banyak soalan sama yang dikemukakan berulang kali hanya untuk menguji calon.

Yang keempat, calon perlu mencari seberapa banyak soalan berkaitan untuk dijadikan latihan. Hanya dengan membuat banyak latihan sahaja calon boleh belajar menjadi konsisten, jujur dan memahami soalan-soalan yang berkaitan bagi setiap teras.

Dengan melakukan banyak latihan, maka calon secara tidak langsung boleh mengenal pasti kategori teras bagi soalan yang dikemukakan.

Semoga bermanfaat dan semoga berjaya.

BACA: Sejuta Penduduk Malaysia Alami Kemurungan – NHMS

Sumber: Empire Kerjaya via TikTok

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.