Siakap Keli

UTeM Terima Anugerah Universiti Pilihan Majikan: 3 Bidang Pengajian Jadi Pilihan Tertinggi

UTeM Terima Anugerah Universiti Pilihan Majikan: 3 Bidang Pengajian Jadi Pilihan Tertinggi

Penawaran bidang pengajian menepati keperluan dan permintaan semasa industri oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menyerlah apabila berjaya merangkul Anugerah Universiti Pilihan Majikan (Employers’ Choice of University Award), baru-baru ini.

Anugerah ini dinilai berdasarkan kajiselidik yang dilaksanakan oleh pihak Talentbank kepada lebih daripada 100 industri menerusi kajiselidik terhadap bidang-bidang pengajian bagi 20 universiit awam dan 23 universiti swasta. 

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, UTeM telah mencipta sejarah tersendiri apabila 3 bidang pengajian universiti telah menjadi pilihan majikan tertinggi.

utem anugerah universiti pilihan majikan
Universiti Teknikal Malaysia Melaka kian menyerlah apabila berjaya merangkul Anugerah Universiti Pilihan Majikan (Employers’ Choice of University Award), baru-baru ini.

Ujarnya, 3 bidang pengajian tersebut adalah Mekatronik dari Fakulti Teknologi & Kejuruteraan Elektrik (FTKE), Automotif dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) dan Teknologi Permainan dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).

“Kejayaan ini menzahirkan penawaran pengajian dan penjanaan graduan UTeM sentiasa memenuhi kehendak majikan dan pasaran kerja semasa dalam kalangan industri dunia.

utem anugerah universiti pilihan majikan
Sewaktu majlis berkenaan, menerima anugerah tersebut UTeM telah diwakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif (tengah).

“Pencapaian ini turut memberikan gambaran jelas bahawa formula dan strategi berangkai UTeM dalam segenap konteks terus membuahkan hasil memberangsangkan,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, kejayaan ini turut memenuhi kriteria pengisian agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu Pendidikan Berkualiti (SDG 4) dan Pekerjaan Baik dan Kemajuan Ekonomi (SDG 8) daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sewaktu majlis berkenaan, menerima anugerah tersebut UTeM telah diwakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif.

utem anugerah universiti pilihan majikan
Gambar hiasan, UTeM menjana graduan menerusi bidang pengajian yang terus menjadi buruan industri dalam dan luar negara.

Turut bersama Pengarah Pusat Alumni, Kerjaya & Kebolehpasaran (U-ACE), Dr. Hazli Rafis Abdul Rahim, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar (TDPP) FTMK, Ts. Dr. Muhamad Haziq Lim Abdullah, TDPP FTKM Dr. Nadlene Razali dan Timbalan Pengarah Pusat Hubungan Strategik Korporat dan Global (UGlobe), Hazman Hasib.

Dr Sabri berkata, pencapaian ini turut menyumbang kepada peningkatan peratusan kebolehpasaran graduan UTeM yang terus menunjukkan anjakan yang sangat positif tahun demi tahun.

Katanya, UTeM menerusi U-ACE terus komited dengan menjayakan pelbagai program dalam usaha meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan universiti ini termasuk perkongsian maklumat peluang pekerjaan daripada alumni dan pada tahun 2022 lalu UTeM telah mencapai kadar kebolehpasaran sebanyak 96.4%. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.