Siakap Keli
singapura covid-19
Gambar: BERNAMA

Singapura Catat 25,900 Kes Covid-19 Antara 5-11 Mei

Singapura Catat 25,900 Kes Covid-19 Antara 5-11 Mei

Singapura mencatatkan 25,900 kes baharu Covid-19 bagi minggu bermula 5 hingga 11 Mei, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya, lapor Mothersip.sg.

Manakala purata kes Covid-19 yang memerlukan kemasukan ke hospital meningkat daripada 181 kepada 250 kes. Dalam pada itu, purata kes Unit Rawatan Rapi (ICU) harian kekal rendah pada tiga kes.

Perkara berkenaan dimaklumkan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan media, hari ini.

“Tiada petunjuk yang menunjukkan bahawa varian yang sedang beredar ketika ini lebih mudah ditularkan atau menyebabkan penyakit lebih teruk berbanding varian sebelumnya.

“Bagaimanapun, ia menunjukkan kemungkinan imuniti dalam populasi berkurangan dari semasa ke semasa,” kata kementerian tersebut.

Kes Covid-19 di Singapura meningkat

https://www.facebook.com/SingaporeMOH/posts/pfbid02bkHStUECzoCYRJBx3pu35xXhcjD3n8thAjKT4TFHGVvgLicLquwsbGhfaYQkaSdKl

Orang ramai digalakkan ambil vaksin Covid-19

MOH seterusnya menggalakkan warga negara itu untuk terus mengemaskini pengambilan vaksin agar dapat melindungi diri mereka daripada varian semasa atau akan datang.

Pada masa yang sama, orang awam juga perlu mengambil tanggungjawab peribadi dan sosial bagi mengurangkan penularan wabak.

Menurut MOH, kira-kira 80 peratus populasi Singapura sudah memenuhi pengambilan dos vaksin awal dan tambahan, bagaimanapun tidak mengambil sebarang dos dalam tempoh setahun lepas.

“Keadaan ini dapat menunjukkan bahawa imuniti dalam populasi sudah berkurangan.

“Pelindungan daripada jangkitan Covid-19 adalah mengatasi risiko pengambilan vaksin Covid-19, jadi kami menggesa individu untuk sentiasa mengemaskini pengambilan vaksin mereka,” kata kementerian itu lagi.

Tambah MOH, vaksin Covid-19 terkini disediakan secara percuma kepada mereka yang layak.

BACA: Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada April

Sumber: Mothership.sg

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.